Sunday, August 07, 2011

Day 7, Ramadhan~

Kebuntuan idea untuk memasak, sudah pastinya sangat malas untuk memasak nasi. Kalau masak nasi kene ada lauk, lauk saje tak memadai, kene ada sayur pulak. Huh...letih nak memasak di bulan2 yg hangat ni. Maka arini aku cume buat mi sup saje. Hanya guna isi ayam saje sebagai perencah, tambah taugeh dan daun bawang. Tapi terlupa nak amik gambar, da tinggal suku mangkuk baru tersedar. Takpe...tak menawan pon, cincai2 saje. Anyway, di awal tengahari aku dah menyiapkan kuih tradisional yg dah lama aku tak makan...lebih dr 3 tahun rasanya. Dulu2, emak aku penah buat...ms aku kecik2...kuih talam berlauk. Kalau sebut kuih ni, yg sedapnya cume bahagian topingnya saje...berlauk, hehehe. Rasa udang kering dgn daun sup mmg kene dgn tepung talam bersantan tu. Dua 3 arini aku terkenang kan kuih tu. Selalunya kalau ramadhan, singgah di bazaar atau pasar2 malam, jarang jumpa kuih ni. Yg slalu aku beli, kuih cara berlauk. Aku rasa lebih kurang sama je...2-2 feberet aku. Cumanya, kuih cara lg comel dan prosesnya agak leceh, kene bakar2..dan perlukan bekas kiut2. Aku da survey cari bekas mcm tu, mmg takde. Ingatkan nak cari bekas mufin je, tu pon tk jumpa...Last2 aku decide buat kuih talam lg senang...tuang saje adunan dlm satu loyang dan potong. Ingatkan susah, rupanya sng sgt dan bahan2 nya pun da mmg ada dlm peti ais ;p Ada banyak resepi kt internet, aku prefer resepi hanie liza. Sebab cuma pakai tepung gandum dan sedikit tepung jagung. Ada resepi pakai campuran tepung beras...mungkin lg sedap kot. Well...aku adalah tukang masak yg selalunya mencari resepi ikut bahan yg ada..eehhehe...malas la nk complete2 sgt, sbb makan sorg pon. Janji lepas kat tekak sendiri. Ok..aku tunjuk kuih yg dah siap di masak ini...taraaaa...



Day 6, Ramadhan~

Hari ni sangat panas bagi aku. Ntah kenapa puasa kali ni sungguh tak larat....sungguh tercabar rasanya. Ni baru kepanasan kat dunia, belom akhirat...uh..takutnya. Siang td aku keluar, gi klinik kejap. Lepas tu gi cuci kereta, isi minyak,kedai2...mencari barang. Sepanjang masa kat luar, terasa dah pening2 kepala....terhidrat pon ye jugak. Dalam kedai masa tgh cari barang pon da pusing2 je kepala ni...tergolek je belom. Sebenarnya aku teringin sangat nak cuba buat kuih Cakoi, ala..yg org jual kat pasar malam tu. Nak buat nye cam rumit sket, kene uli2....tp disebabkan kepeningan yg melanda dan kesuntukan masa, juadah telah bertukar jd mi kari sahaja. Simple dan cepat. Aku tambah, buat orange juice sendri....bukan sbb rajin, tp sbb syg tgk buah oren tu tak dimakan2....
Lepas berbuka, aku solat dan terus tak sedarkan diri. Tau2 dah pukul 10.15, gagahkan diri bangun, utk solat isya dan terawih. Alhamdulillah.

Friday, August 05, 2011

Day 5, Ramadhan~

Juadah berbuka petang td dibuat sekadar tgk apa ingredients yg ada kt dlm petiais. Memang da siap2 potong2 sotong tu dr awal, supaya balik dr lab tak kecoh2 nak prepare. Terfikir sotong goreng tepung sbb tengok gambar ada org kat Chiba wat tu utk berbuka (dia letak kt fb). Terliur plak saya. Lantas aku sempat mencari resepi sebelum pulang ke rumah. Macam biasa, aku oter resepi tu, tambah serbuk kari dlm adunan tepung untuk menggoreng. Nak kasik pedas. Untuk melengkapkan juadah ni, paling cepat mende nak masak ialah bende yg rebus2 -tinggal ni. Apa lg aku terpikir tomyam sayur. Memandangkan dah lama sgt tk buat tomyam, maka aku cube buat. Hmm...x berapa sedap, aku pon tk tau kenapa aku x suka tomyam skrg ni. Aku gune perencah yg glemer tu..tp still x sedap mcm aku mkn 3 tahun lepas....nape yek? ke aku da bertukar selera plak. Ok, ni la hasilnya dari dapur aku yg tak seberapa..

Thursday, August 04, 2011

Day 4, Ramadhan~

Mi bandung. Like I said in previous entry, I ate mi bandung... and again I made it for berbuka. Actually i planned to cook Mi ladna, but end up with this recipe because suddenly I really felt like to eat something spicy. So, here it is..Mi bandung, my style. I got the recipe from MyResipi and I altered it.."ikut tekak den".

Wednesday, August 03, 2011

Alhamdulillah, selesai sudah puasa di siang hari, sempurna sudah solat terawih (yg paling minimum hehehe...) sekarang berehat sebentar sambil melayan drama Jepun Good life~Arigatou Papa~Sayonara. Sejak takde tv ni, life jd sunyi sepi. Tu yg cari drama online ni, supaya dapat dengar org ckp jepun hari2..agar tak ilang dr ingatan. Well...aku belajar bahasa jepun ikut tv dgn radio je...plus communication. Okay aku nak bagi tau apa menu berbuka untuk hari ini.
Day 3, Ramadhan~

Teringat acar kalau kat kenduri, yang dah masak macam ni. Ingatkan susah nak buat rupenye senang aje. Cari resepi kat MyResipi.com dan cuba sekali...sedap (perasan hehehe) Resepi tu sedap and aku suka. Banyak kali dah buat. Kalau ada biji sawi sekali...mesti sedap. Almaklumlah..ni cume pakai carrot dgn timun jer.
Okay resepi ni aku oter dari resepi asal. Actually asalnya ialah Ayam. Korang ingat tak ayam madu yg slalu ada kat kedai mamak tu? Haa...inila resepinya. Hari tu aku da tak tau nak masak apa, balik2 aku asik wat mi bandung je...sampai muak..tu yg browse resepi kat Rasa Malaysia website. Masa tengok resepi kat situ...aku tak dpt imagine yg tu resepi ayam madu macam kat kedai mamak, then aku browse resepi kat MyResipi, tgk bahan2 pon lebih kurang, tu yang aku try. Aku bagi resepi ni 4 stars la....sedapnya. Untuk sapa2 yg dah boring masak, balik2 ayam masak merah, nasi ayam, ayam kunyit la..cube korang try ni...sbb nak buatnya sgtlah senang. Okay..yg ni aku baru je buat td..lepas solat magrib sementara nak tunggu isyak (org pas magrib bawak la ngaji2 ke...aku pi blender smoothie plak hihihi). So skrg tengah menikmatinya...Smoothie yg ni aku oter2..aku guna yogurt strawberry, fresh milk, blueberry & honey,then ice. Dalam kebanyakan smoothie resepi, aku tgk ada bubuh pisang...I don't like banana lembik2..I prefer pisang goreng ke, cekodok pisang or makan mcm tu aje. Disebabkan most of the recipes that I found have used banana in their smoothies..so I divided my smoothies by 2 ...1st, with banana and 2nd without banana. Naseb baik buat gitu...sbb yg ada pisang tu tk berapa nak lalu....yg 0 ni better. Sedap, serius. Tapi honestly, kalau compare smoothie dgn expresso or Mocha Ice blend or Cafe latte Ice blend...sedap lg yg kopi2 ni...heheeh...fiza je yg suka buah-buahan ni..I prefer coffee. So apalagi..korang bole cube kalau bosan2 tu...

Tuesday, August 02, 2011

Second day menu of Ramadhan~

Ayam ni nampak mcm berkilat2 basah sebab aku tuang kuah kicap ayam tu. Kak ipar aku ajar, sos perapan ayam yg lebih tu jangan buang, masak atas frying pan tu bagi dia pekat...kalau masin sangat campurkan air. Dalam resipi ni aku suke tambah goma abura...atau nama lain dia, minyak bijan. Bau dia...hmm..semerbak. Ada org tk suke, tp aku suke...
Nasi ni tak menawankan? kelihatan tak sedap. Memang pon, sebab aku tgh malas time ni, masak mana yang dan ajer. Selalunya semangat kalau wat nasi ayam ni, tp sbb pose kot..aku lembik..tak larat..sume campak2 aje.
Ni sup ayam, ayamnya takde sbb sume aku da goreng. Aku buh sayur2...aritu beli cendawan banyak, kene habiskan cepat. Nanti busuk...so jadilah sup sayur. Alhamdullilah, da hari kedua puasa. Semoga aku larat berterawih malam ni...

Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak to all Muslims!! Syukur, Alhamdulillah, yang dinanti-nantikan telah tiba. Bulan yg penuh rahmat, hadirnya dinanti-nanti, perginya ditangisi. Macam biasa, Ramadhan di sini takde bezanya dgn hari2 lain. Cuma aku je yg berbeza, muke lembik sokmo...lapar boleh ditahan, dahaga je...yg rasa cam terjelir je...Subhannallah...dahsyatnya aku puasa. sekarang tengah HOT summer...kering dan garing.
Bila datang Ramadhan ni antara topik utama di kalangan sahabat2 islam aku ialah.."apa menu berbuka ptg ni?" . Tu dia....makanan mesti best sbb nak kasik semangat berpuasa..ahahaha...salah tu..makanlah apa2, janji kenyang. Syukur kan. jadi sempena Ramadhan, aku cube nak update apa yg aku makan hari2..kebanyakannya aku akan masak..kalau beli pon aku update jugak. Nanti bila aku tua bole aku check..apa yg aku bedal selama duduk sorg2 kt jepun ni. Time tu tgk, badan cam org jepun ke cam org arab...hahahah..
First day menu Ramadhan ~
Dapat idea dari internet....sebenarnya aku mengidam chicken pie, tapi terjumpa resepi ni so aku try2 la. Kebetulan malam kelmarin aku menguli karipap dan siap buat apple pie. Bosan plus stress punye pasal....pukul 12 mlm aku uli tepong. So, baki pastry tu aku try buat utk quiche ni. Simple je korang...silalah try..nak resepi..kat internet banyak..aku buat tibai je tak ikut sukatan pon. Tengok bahan yg ada time tu..Ni je aku bebuka petang td...mlm ni aku makan karipap pulak..heheh.

Thursday, July 28, 2011

Hi guys. I am sorry for not updating my blog for long time. Recently there were many things happened, many tragedies came out that I could not control. But don't worry, I will try to make this blog alive again ;p
I don't have so much time to type, so I prefer to use images in my entry. Today, I put 2 pictures..I wanna show you what I did few days ago...I was eating...I supposed to write my dissertation, yes I did. But the more I write, the more I eat. Hehehe....the more the merrier hahaha..
I got this recipes from Whole Foods Recipe ~which is an application for iphone. See...foods everywhere, even in my smartphone. I love this application, and i have another, BigOven. A lot of recipes and it can search for recipe by key in "what we have". Okay, this pizza...I wanna tell you..very delicious...taste so good. This pizza quite different because I used eggs mix with a little milk then pour on top. Then I used very small "ikan bilis" that make this pizza more crunchy...yummy. Here...it is not recipe..I called it, tangkap muat punye makan..hahaha. I used leftover grilled salmon. There is a broccoli, corn and green beans. I like to eat salad with Japanese famous salad dressing: roasted sesame dressing. If you find in the supermarket, you should try. Okay that's all for today..I will update later for more foooooDddss!!

Tuesday, July 19, 2011

Typhoon is attacking now!! The sound of strong wind from outside can be heard. I am in the lab, stuck here, cannot go anywhere. Actually today is Off day, no school since our prefecture got the typhoon alarm early this morning. Well...why I am here? i mean..here in the lab? Yes, as usual, I got the message just after I entered my lab. When I hardly cycled+pushed my bike....I hardly parked my bike...avoiding it from fell down, while the strong wind pushed me....
Yesterday, it was raining early in the morning. I was the happiest person in Japan when it rain fell down. The coldness of the rain had swept away the hot air of summer. For a few weeks, when I was at home, I was sweating like having a long marathon. Felt like jumping around when it started to rain.
However, the rain is not comes alone. It comes together with typhoon. It is quite dangerous, and everyone have to take care...I have to think how to going back this evening...huh!

Wednesday, May 25, 2011

Lately, aku rasa gelisah. Semakin banyak pulak benda masuk dalam kepala. Kadang2 perbuatan tak sama dgn apa yg difikirkan. Padahnya..mcm2 dan mungkin tempias ke orang lain. Aku nak kejar sangat "benda" berharga sampai terlalu berjaga2 dan aku rasa sampai aku salah langkah. Semuanya diluar kawalan. Sekarang pun, dah ada tanda2 yg tidak baik terhadap diri aku..contohnya:
1. aku susah nak lelapkan mata
2. bila tido aku tak mau bangun2, sbb aku tak nak pikir
3. keje bertangguh ~banyak
4. risau....
5. selalu terlupa pada benda rutin ~cth, kunci basikal, tutup suis pc .etc

Hari2 muhasabah diri. Mohon diberi kekuatan dari Allah. Aku harap ada kesudahan yang baik. Aku harap diberikan peluang untuk betulkan keadaan. Sekarang aku dah masuk fasa untuk tulis tesis. Jadual untuk apply viva pun dah keluar, segala tarikh2 keramat yg aku kene alert dah terpapar..dari hujung Sept sampai February next year. Harap2 tarikh tu sampai february saja..tak mahu lebih. Kawan-kawan, doakan aku berjaya tulis tesis (part paling susah nak buat) . Sekarang aku tgh run semula simulation & programming sbb aku tak mampu lagi nak pikir ayat2 untuk "digoreng" dalam tesis. Doakan aku boleh grad. Doakan aku bahagia, dipertemukan jodoh. Kata2 yg aku asik ulang2 sekarang ni "Jangan Menyerah"...berserahlah pada yg Satu. Untuk itu..hari2 aku main lagu Jangan Menyerah(klik tajuk tu kalau nk dengar sama) (repeat x henti2 sampai aku rasa lega).

Saturday, May 07, 2011

Sekejap saje dah May, lps tu Jun July and so on. Dah dua tiga hari ni dengar org sebut2..."ibu...emak...mama...umi.." Kat radio malaysia, dah mcm2 ucapan aku dengar. Tetibe teringat kat mak. Apa la kabar dia agaknya..*ni kes belom call lagi..esok bru nak call. Since hari Khamis, aku da plan nak bg something kat mak. Time tu belum tau lg yg Mother's Day dlm minggu ni. Kebetulan. Tergerak nak carikan mak sepasang kasut yg comfort memandangkan kaki nye da sakit2. I think that is the best gift at this time. Lalu..aku menghabiskan masa hari Khamis membelek kasut kat kedai2. As usual, kasutlah benda paling susah nak cr kat sini. Bukan takde org jual kasut...ada, byk, mcm2 fesyen, cumenya size takde. Almaklumlah, aku dan keturunan aku ni kaki besor2...apala sgt kaki org jepun ni...umpama kaki aku ms darjah 6. Senang kata, barang bersaiz mmg susah nak cri kat sini. Tapi demi mak..aku geledah gak sume kasut kat kedai2 tu..bukan 1 kedai..tp berkedai-kedai. Memang tak jumpa, sampai lah ke hari ini.
Tadi aku pegi lagi, kali ni gi kat tempat besar sket..yg byk pilihan. Masuk2 je..seronok tgk promotion sempena hari ibu. Meriah dgn bunga2..mcm2 la pakej2 yg ditawarkan. Gift set yg pelbagai, yg sweet2 ni. Aku cari kasut...puas round...adalah 5x kot..dr kol 3 sampai 6. Huh..lama, tp xde yg sesuai. Da jumpa saiz sesuai...material lak tk kene..kulit babi. Uh..tensen..last2 aku gi tgk purse. Hmm..aku tau mak aku byk org bagi2 beg, purse...takpon purse dlu2 dia simpan elok lagi. Maka aku usahakan cr purse yg anggun...hahaha...yg menepati syarat2 aku spt 1. ckup bajet, 2. something useful , 3. sweet/cute. Bila masuk bab purse, mslhnya bukan lah size..tp "rege" atau harga. Tgk purse cam plastik je..ala2 PS nye..tp harga mak aiii..bole beli 3 psg kasut. itu pon lepas discount. Lama gak la membelek..rasanya asik muka aku je yg dok tawaf kt situ. Finally dpt satu yg di dlm lingkungan syarat2 td. err...tak tau la kalau korg rasa tak menepati syarat ke-3 tu..well..i have not so many choices. Then, aku nak lengkapkan lg set present ni..nak kasi cute...ternampak sapu tangan. Well, org sini suka pakai ...so byk sapu tgn yg berdesign2 dan juga yg branded...harga..hmmm...ikut brand, material, design..tp sng kata..kalau kt mesia org jual mcm tu..aku taknak beli. Disebabkan nak buat barang kali ini istimewa, ketepikan semua tanggapan tu. Aku belek2 lama...last2 tak beli. Sebabnya bila pikir balik...memang mak aku pakai sapu tangan..tp kalau dah terlalu cantik..mesti dia akan simpan wat pekasam. X pon, dia guna...bawak gi "rewang"...lap2 air sirap tumpah, takpon sambal terpercik...then sapu tangan yg sgt cantik dan anggun tu akan jd sgt hodoh dan mak aku susah nk cuci...then kecewa. Akhirnya terperap kat rak baju....jd buruk. Hah..panjang tak aku pikir ni td? Akhirnya aku decide...pegi balik kedai yg aku da pegi 2-3x sebelom tu...aku cari sapu tangan yg betul2 berguna...yg sgt sesuai utk mak aku, disamping...ada "trademark" aku kat situ...so..sila rujuk rajah di bawah;

Ini dia purse nya. Mula2 nak amik design lain yg kaler hitam, nampak elegant..tp tak mengikut syarat aku sbb elegant tu aku nye selera (takut bila aku beli..jd hak aku plak..heheh) so kene ikut syarat..Sweet/Cute. Baru nampak sifat2 keibuan. 1 more thing, wpon mak aku da tua..nak kasi dia happy..terasa muda hehehe...

Okay , yg ini sapu tangan yg aku kata mengikut ciri2 emak aku. Part ni..korang..please say those are cute!! Sedih kalau korang tak cakap cute. Aku memang suke yg ada cap katak ni. Suke character ni...wpon bertentangan dgn sifat keibuan..yg ni spt yg aku explain kat atas..Useful dgn keadaan semasa emak aku dan juga mesti ada "trademark" aku dlm tu. Kalau dia tgk katak ijau ni kat mana2 (sbb kdg2 mak aku layan wonderpet, dora, blueclues sbb anak2 sedara aku konker tv kt uma) harap2 dia teringatla kat aku ni. Kalau akak2 aku tgk..sure dia kata "entah pape je..ni utk bdk2" . Heii..dorg tak tau...bende cute2 ni la yg buat kita happy...terasa kewanitaan sume ader. Aku tengok makcik2 kat sini, termasuk Okasan, even dorg tu tua dr mak aku, tp diorg appreciate kecomelan yg mcm ni. Sekarang, aku plak yg jd suke..harap2 mak pon suke kan? hehehe.

Barang2 tadi telah berbalut kemas. Seperti biasa, org kedai yg balut. Free of charge. Tu yg aku suke kat sini...semangat memberi bertambah2 bila tgk semua barang dibalut kemas dgn percuma. Dalam hati ni selalu berkata2 " kan best kalau dapat hadiah macam ni...tak kira apa isinya, balutan pun da menarik..." Apakan daya, tak penah lagi dpt hadiah sedemikian rupa. Tapi takpe.. niatkan pada memberi. Nikmat memberi, erti memberi.

Kemudian diisi pula di dalam paper bag cantik ni. Untuk pengetahuan korg, aku akan pos brg2 ni. Ikutkan paper bag ni takyah pon tkpe kan. Bila aku tengok2 balik..paper bag ni berguna sungguh, sebab ; 1. aku takde kotak utk pos, lg pon kotak menambah berat dan menambah Yen ;( 2. Bag ni dah menyampaikan maksud tersirat, belum bukak da tau apa yg nak disampaikan. Dengan itu, aku decide bag tu sebagai outer wrapping, aku wrap n lipat kemas2 sampai jd mcm bentuk kotak..then aku balut dgn paper cokelat utk pos. Settle!

Akhir sekali, kad ucapan. Kad ni pon free...emm..utk pengetahuan, mak aku tak pandai baca tulisan kanji/jepon. Maka aku tulis ucapan aku kat situ. Aku ni tak pandai nak men-"zahir" kan pada org yg tersayang...hanya reti men-"batin" kan...err..maksud aku, semuanya lahir dlm hati dan kalau terluah pon hanyalah doa2. Jadi cukuplah ucapan ringkas itu utk mak aku baca. Kalau panjang2 pon kesian dia susah nak baca plus tulisan tgn pon macam cacing...Yg tulisan english kat paper bag tu pon aku rasa mak aku tak paham gak..but dont worry..ada ramai translator kt umah tu yg bleh tolong mak aku hehehe..sbb tu aku tk perlukan kata2 yg byk..yg penting dia faham apa yg aku nk sampaikan.

~ Kepada emak, semoga dia sihat sejahtera dan bahagia. Syukur aku ada emak. Aku harap Allah sampaikan rasa sayang ni pada dia melalui 6th sense mak aku hehehe... To all my sisters, my friends who are now have daughters/sons, I wish u all Happy Mother's Day. To my friends who are not a mummy yet, don't worry...I wish and pray that you and me can become a great mother soon ;)

Wednesday, March 30, 2011

Graduation. This is what every student want. Aku pun nak juga tapi lama lagi lah. Kalau sebut awal2 pun buat serabut kepala sebab keje banyak lagi tak settle. Ada kisah aku nak sampaikan tentang hari graduasi ni. Dulu kalau orang tanya, kenapa nak buat phd? Aku pon tak tau kenapa cuma pada waktu itu aku memang obses (bukan obes yerr) nak buat phd...dan yg terlintas dipikiran aku ialah aku nak rasa pakai bonnet tu. Topi yg bulat untuk phd candidates tu. Itu kisah lebih kurang 7 tahun yang lalu. Masa berlalu pantas, dengan izin Allah aku berjaya maju setapak untuk buat phd dan bertapak-tapak pula ke Jepun. Bila orang tanya kenapa Jepun? Aku pun tak tau kenapa tapi yg pasti ini adalah satu negara yg memang aku nak dtg sejak dulu2 lagi..masa aku undergraduate lagi. Okay biarkan kisah itu, berbalik kepada topik asal kita iaitu hari graduasi. Cuba lihat gambar di atas dan perhatikan serta amati apakah kisah disebalik suit hitam itu dan juga graduasi? Suit-ramai sedia maklum, kalau nak graduate sama ada mengenakan pakaian rasmi kebangsaan ataupun suit lengkap. Special nya lagi, ada jubah dan juga mortar board ataupun bonet yg melambangkan graduasi tersebut. Malangnya...tidak di sini. Di sini hanya sekadar suit sahaja. Begitu juga dengan majlisnya, sangat simple, sekejap, dan "meriah suam-suam kuku". Aku dapat perhatikan minggu lepas bila aku jenguk sahabat2 di sini yg graduate. Di sekitar kawasan kampus, sunyi....*ini pada hemat aku. Tapi bagi org jepun, ianya meriah kot. Kalau di malaysia dah seperti pesta Jom Heboh gamaknya, penuh dengan org..sanak saudara kaum keluarga. Datang berpesta untuk meraikan. Di sini yg aku dapat perhatikan, hanya mereka2 saje..disamping sahabat...sahabat pula antara mereka yg bergraduasi. Huh, jauh bezanya. Ibu bapa? Adalah sekerat dua....mungkin yg berdekatan. Kelebihan yg ada di sini hanyalah majlis penyampaian sijil dijlankan sepantas yg mungkin. Aku rasa dalam satu jam atau dua saje. Sijil utama hanya disampaikan melalui wakil pelajar. Part ni...menjimatkan masa, pantas. Apapun, aku mengomen2 ni...esok2 aku jugak yg bergraduasi di sini hehehe , insyaAllah. Kepada sahabat2 yg berjaya menempuh alam study ni, tahniah dan semoga kalian terus2 berjaya. Jangan menyerah kalah! (sila dengar lagu Jangan Menyerah by Nidji...hehehe). Cabaran untuk kalian telah bermula @ baru bermula...kerana di luar sana, pelbagai ujian dan dugaan yg sebenar sedang menunggu kalian. Dunia kampus hanyalah sebahagian kota kecil yg telah tersusun dan teratur untuk melatih para graduan menghadapi alam kehidupan yg lebih mencabar. Berpegang kuatlah pada AGAMA dan berharaplah pada yg SATU. InsyaAllah kalian selamat dan berjaya selamanya.

Aku juga ingin membawa kalian kepada secebis kisah graduasi yg lain. Di atas tadi ialah rungutan2 aku sebelum di dalam keadaan sedar. Sekarang aku ingin sampaikan sesuatu yg menyedarkan aku bahawa jubah, bonnet dan juga suit tiada sebarang perbezaan. Majlis konvokesyen yg meriah mcm konsert dan juga majlis yg simple juga tiada perbezaan. Hakikat kedua2 nya mempunyai maksud yg sama iaitu ~menyampaikan anugerah. Semua orang maklum Jepun telah mengalami bencana yang menimpa2. Banyak kisah yg boleh diambil iktibar termasuklah kisah graduasi ini td. Seandainya aku adalah salah seorg graduan pada tahun ini, jika ditelek nasib dgn mereka2 lain yg bergraduasi dlm keadaan serba kekurangan, sudah pasti kalimah Alhamdulillah tak putus2 disebut. Pada masa ini memang musim graduation dari sekolah2 dan juga universiti di seluruh Jepun. Sangat menyedihkan melihat sekolah2 yg hancur, masih tetap menjalankan majlis konvokesyen utk pelajarnya di dewan tempat semua mangsa tsunami dan gempa berteduh. Sayu melihat cikgu2, mencari sijil2 yg sebahagiannya musnah dalam bencana, ada juga yg selamat....mereka bersihkan...lumpur2 yg tercalit pada sijil tu. Jika kesan itu tidak hilang, aku rasa ia akan jd satu kenangan yg sgt berharga pada penerimanya. Melihat ibu2 kembali ke tapak rumah yg telah hancur, menggeledah sampah2 yg ada, terjumpa baju sekola yg masih elok..di ambil dan dicuci utk anaknya pakai dihari graduasi. Ada juga ibu bapa yg hadir sebagai wakil kepada anak mereka yg telah pergi dijemput tuhan. Aku cube cari video kisah itu tapi cume jumpa satu jer. Aku tengok ni kat tv setiap pagi....maka kdg2 berair mata jugakla melayan kisah2 ni...(aku kan poyo bab2 ni..). Maka untuk kalian ...aku paparkan video graduation yg aku jumpa ni. Maaf ianya dalam bahasa jepun tapi aku yakin semua org boleh memahaminya hanya sekadar melihat serta mengamati intonasi yg ada. Oleh itu, makna graduation day atau konvokesyen tidaklah terletak pada pakaian mahupun majlisnya tapi pada pengalaman, kenangan, isi dan intipati ilmu yg tersemat di dalam diri. Semoga memberi manfaat kepada semua (termasuk diri aku yg tgh low motivation ni...)

Wednesday, March 23, 2011


I am still hoping that sakura will bloom this spring. This morning, I came to school very late, because I had something to settle at the city center. This picture was taken with my iphone when I was on my way to school. I changed it to gray-black-white and a little touch of blue effect. Here, at my place..it should be warm but now the whether is cold and I think it is like a winter. The sun is so bright, but the wind is so strong and cold. I don't feel it like a spring season. During this time, I have not go out to take a lot of picture because I still worrying about the Japan situation right now--radiation. off course, my place is very far from the earthquake and tsunami area, but the rumors said we have to take care for the radiation. It can spread through the air. Huh...scary. I hope I can go out again during sakura blossom...

Friday, March 18, 2011

Salam kepada semua, di harap sihat sejahtera hendaknya. Aku baru seminggu memulakan kerja setelah 2 minggu terjelepok kat rumah disebabkan demam+beguk yg melanda. Orang jarang2 demam, sekali demam dapat pakej lengkap sekali, membuatkan aku ting tong selama 2 minggu. Kesannya minggu ni..terpinga2..lupa plus tak tau nak start keje dari mana. Start semalam baru betul2 bekerja plus arini memang bz gile. Alhamdulliah, aku baru setlekan proofreading journal yg nan sekeping tu. Ni tinggal nak buat cover letter je. Ada lagi correction paper conference yg julung2 kali nak buat ni...tu je la. Betapa malas nya aku ni..takde publication langsung, stakat harap yg wajib je. Ni dgn harapan, semoga aku sentiasa busy..supaya otak aku semakin panas ..dan mood utk wat keje semakin meningkat. Bulan depan aku da pegang title student tahun akhir. Serammya, Allah saje tahu. Semakin seram, semakin malas pulak jadinya...dugaan betul.

Bercakap tentang dugaan, seperti mana seluruh dunia tau Jepun diduga bertubi2....senang kata..triple bencana yg datang berturut2. First , gempa, 2nd tsunami, yg latest nuclear. 3 bende ni membuatkan satu dunia tertumpu kpd Jepun. Ramai yg menyatakan simpati, kerisauan, dan ramai juga yg menambah komdem2..komen2 yg tak berasas. Sejak kejadian berlaku, akulah org terajin baca news, selang sejam sure aku refresh page news..nk tgk yg updates. Sambil tu aku sentiasa pasang NHK live streaming...every morning , celik je mata bukak tv..tgk perkembangan semasa. Bukan apa, aku juga risau especially psl radiation ni. Kalau la jd apa2..warning ke alarm nanti sah2 la ckp jepun...mana aku paham nye. jd inisiatif aku ialah kene sentiasa update. Cume hari ni je aku tk sempat baca news sbb aku terlalu bz. lepas ni bru nk tgk...tak tau apa jd dah ni.
Aku sebagai org asing di negara Jepun, turut rasa simpati dgn apa yg berlaku. keadaan aku kat sini selamat dan aman makmur sejahtera. Semua sahabat handai dan kaum keluarga sentiasa bertanyakan perkembangan di sini. Terima kasih semua, ingat jugak kat aku ni. Anyway, aku berada jauh sekali dgn tempat kejadian...jarak tempat aku dgn tokyo maybe lebih dr 600km atau 10jam perjalanan...ke tempat nuclear tu tambah lg dlm 5 jam perjalanan. Syukur, masih selamat. Jangan risau2 ye. Apapun siang malam aku masih berdoa supaya keadaan terkawal. Kesian kat dorg2 yg jd mangsa dgn tk ckup makanan, minum, kesejukan....Ya, sejuk. Sekarang dah masuk spring season..selalunya suhu dlm 14C ke atas..tetapi kuasa tuhan, kali ni sejuk berpanjangan. Disebabkan angin sejuk yg lalu ke atas bumi jepun menyebabkan seluruh negara kesejukan. Di sini skrg 4C, mcm winter. Dah 3 mlm aku balik sekola dlm kesejukan melampau. Jaket2 winter aku sume dah masuk dlm lugage, aku dah keluarkan baju spring. Nasib baik ada sweater yg boleh tarik keluar..ni jela aku pakai. Masa sembahyang di school, betapa sejuknya kurasa kan lantai tu..tambah2 bila sujud. Masa tu boleh dapat merasai macam mana sejuknya mangsa2 bencana yg skrg tgh kesejukan..tido cume beralaskan lapik..kat atas lantai dewan skola. Aku yg hanya duduk dan sujud sebentar pon dah rasa sejuk nak terkucil. Inikan mereka...

Apapun, skrg ni..aku perlu berdoa. Semakin banyak permintaan aku skrg kepada Allah. kelmarin ada sahabat cina aku bertanya apa yg aku doakan (kebetulan aku baru masuk lab, blk dr solat). Aku kata mcm2...dia tanya, antaranya? Aku jawab, doa utk diri aku sendri dlu..doa utk famili, kwn2...study..life..future. Dia bertanya lagi...tak doakan ke untuk jepun? Aku kata, itu semestinya....hari2 tgk mcm2 cerita psl jepun, sedih risau simpati semua ada. Aku tetiba terpikir, dia yg tidak sembahyang pon tetap berdoa..inikan aku yg wajib sembahyang, rugilah kalau tk berdoa. Maka...aku perlu berdoa banyak2 sbb permintaan aku semakin tinggi sekarang..harapan aku semakin banyak..hanya pada Allah aku serahkan segalanya.

Sunday, February 13, 2011

Ohoho...salam kepada semua. Sudah lama rasanya tak update blog ini..musim pun dah nak bertukar dari kepada dingin hampir ke suam2. Aku tak sibuk, tapi ntah la, rasanya sekarang kalau nak update blog seolah2 memakan masa untuk mengarang ni. Tambah-tambah lagi dah seronok dgn facebook, senang nak upload gambar. Emm..sekarang ni aku lebih senang untuk bercerita melalui gambar...just upload 1-2 gambar, segala-galanya terkandung di dalam gambar..maka, tak payah la aku bercerita panjang lebar kan. Tapi kadang2, hilang pulak ability untuk bercerita, ni pun nak taip dah teragak2 apa yg nak disampaikan. Ok, I will start my story with the latest one. Semalam, hari makan sedunia. Aku invited seorang kawan yg baik di sini..namanya Liyan. Dia berasal dari China. Telah menetap disini agak lama 7 thn. Dia baik, lemah lembut tak macam aku, lawa dan nampak muda tak macam aku..ngeh..ngeh..ngeh.. Kebetulan sekarang ni aku malas nak masak-masak sangat, banyak bahan masakan melayu dah habis. Aku dok tibai nasi putih, pickles, kadang2 nori ...huhu..da bosan plak. Maka akak jemput dia datang masak2. Aku request dia masak recipes org2 cina di sana. Dia dgn rela memasak...yuhu..sementara tu aku pon jenuh gak mikir menu apa nak hidang kat dia, then google2 aku cari recipe claypot chicken rice. Tetiba teringin plak, wpon sebenarnya aku penah makan mende ni sekali dua je kat mesia...tp macam boleh imagine sedapnya shitake bila ada kene bau sesame oil....hmmm oishii. Meh aku tunjuk apa yg kitorg bedal semalam..

Claypot Chicken Rice (unfortunately, no claypot so I cooked with rice cooker)

Liyan's cooking #1 tomatoes and eggs. Good for diet ;P

Liyan's cooking #2 beef, potatoes and shitake stir fry with big fire.

Hmm..our table, can you imagine how full our stomach on that day?

Lepas makan aktiviti kitorg hanya berborak, sementara tunggu nasi and lauk pauk tadi turun. Tetiba aku teringat sesuatu kat dia, aku teringat yg aku ada koleksi baju kurung. Aku tk pernah pakai kat sini. Saje bawak, just in case ada majlis yg memerlukan untuk aku pakai. So far...takde ;( . Bila aku cerita pasal baju kurung, dia pun excited untuk mencuba dan tetiba aku terlintas untuk shoot gambar dia dgn baju kurung. Bila aku tengok gambar tu, terpegun gak...nampak so sweet, kawaii dan segala lah. Wpon baju tu besar gedebeh...dia kurus, tapi berejaya jugaklah kitorg cover dan aku cube cari angle yg sesuai agar tak nampak baju tu longgar. (jelas sangat fakta kat sini aku yg gemoks) Gambar ini pun aku tak upload di facebook, sbb aku nak wat surprise pada kwn2 yg lain. Maka aku boleh tunjuk di sini...I wanna show you, who is Liyan.
Ini potrait yg aku paling suka. Warna pink sangat sesuai dgn dia then cahaya matahari nampak lagi lovely...soft.

Thursday, January 20, 2011

Some people always say to me "you are late!" when I come late to work once in a week or month, or once in 3 months or once in a year...but they never realized some people always late and go home early and pretended to be "the earliest person in the world" when big boss is around. My work is not based on how long I can stay, but how much I can do. And I am a "flexible" person too..I don't care what other people want to do in their daily life, I just know what I wanna do right now..so please.give me some "space" !!

Wednesday, December 15, 2010

Its getting colder now. Tonight, its really cold. My hands especially fingers, feels like freezing. Actually I had planned to read a book, off course a programming book. I just kept my book inside the bag, until now... I didn't take it out. I feel so sleepy and cold. I think, maybe I am gonna to sleep if I start to read even 1 page. I have many things to do in my programming, but everything seems to be "stuck" somewhere. I failed to find the function codes that can be used to execute the algorithm that I already planned. Its been 3 weeks I have working with the same codes, same ideas, same lines of codes...everything is same!
Alhamdulilah, even my codes is not working so much, but today I just submited a conference paper. This is my second paper, not 5th or 6th or 10th ..within 2 years! Can you imagine, how slow I am... I don't know why, writing is the most hardest part for me. I can write a paper within 3-4 days but, the quality never meets my SV expectation. My first draft, had been rejected, totally rejected when he said "the story is not interesting". Duhh....I was down. I Felt bad. Its not about grammar, spelling mistakes ...its about the contents. Not even the contents, the title too. See...how bad I am, I cannot create a good title for my article! I re-wrote again, not correcting it but re-wrote again from A-Z. The first draft, I just kept it. I didn't delete it. Maybe one day, I can recycle it again, but I don't think that I can submit it since my SV doesn't like it. The final draft, was so-so. He didn't show that my paper was good enough. But Its ok for me, as long as I can submit it. I really need this paper for my future. I always try my best to write a good article. Its not for my SV, my boss, my university..but it is for me, myself. It is like a training for me..to be a good author. In the future, I have to review others paper...so I need this skill. How? Why it is so hard? huh..its really hard. I must try.
Ok..its very cold now..I wanna get into futon right now...see you next time. Oyasuminasai - Good night.

Saturday, December 11, 2010

Aku ada satu cerita. Tak tau lah nak kata cerita sedih ke, syahdu ke apa. Begini kisahnya...
Hal ni berlaku beberapa hari yang lepas. Di uni, kebiasaannya aku akan solat di bawah tangga, basement. Senang kata, bukan tempat rasmi seperti surau, musollah atau bilik. Almaklumlah, duduk di negara bukan Islam, kemudahan seperti itu tidak akan dapat. Tempat tu pun asalnya inisiatif student-student kat sini. Lagi pun tempat tu je aku rasa selesa untuk solat tanpa dilihat orang. Nak kata selesa 100% tu tidakla, memadai aku dapat selesaikan ibadah fardu ain ni. Student islam di sini semuanya lelaki, hanya aku saje perempuan. Bagi org lelaki, asalkan ada kain sejadah, paling kurang..pelapik utuk sujud dah mencukupi untuk solat. Lain plak caranya aku ni. Aku masih juga menggunakan pakaian sembahyang lengkap, yakni..telekung. Sebab aku rasa lagi selesa dan boleh rasa sembahyang yg sebenar-benarnya. Lagi pun boleh cover jeans aku yg makin lama makin sendat (dah gumukss) ni. Alkisahnya, tempat aku sembahyang ni betul2 bawah tangga. Kalau org naik tangga memang berdengung la kepala...lagi2 waktu kelas nak mula di mana budak2 jepun suka lari dan akan hentak kaki kuat2. Dah dua tahun ni..dah rasa biasa la. Lagi satu, kat basement ni sebenarnya ada dua pintu...tak tau hala ke mana tapi ianya seperti tempat paip2 atau pun kadang2 ada orang bwk tong2 gas ke bahan chemical. Aku dah biasa terserempak dgn org2 luar yg selalu dok wat cek kat bwh tu...bayangkan mereka terserempak aku tgh semayang ...serba putih. Off course la dorg terkejut..tp aku wat bodo je la. Seandainya tengah semayang mmg aku wat bodo..tapi kalau belum smyg aku nampak dorg ada situ..aku tunggu atau aku cari port lain.
Beberapa hari lepas, sewaktu rukuk dalam sembahyang...aku terdengar tapak kaki seperti biasa. Tapi bunyi tu menghala ke bawah..semakain hampi ke..kepala aku..Dan aku dapat rasakan bukan sepasang tapak kaki...bahkan..lebih dari 3 pasang..(aku leh ternampak dr mata tepi---punyela tak kusyuk..) dan yg nak tergelaknya, kaki2 ini terhenti sekektika bila betul2 berada di paras tangga yg sama disebelah tempat aku rukuk...haiiihhh...aku rasa dorg terkejut badak ni ..hahah..kompem!!
Tension aarghhhh...lepas ni aku nak tukar lokasi la plak..kacau je dorg ni.

Wednesday, December 01, 2010

Bahu dan tangan kanan aku sakit. Hari tu jatuh bedebop!! badan jatuh ke depan, tapi tangan kanan konon nak menahan, alih2 terpulas ke belakang. Tapi degil, da sakit2 tu...boleh sambung lagi main voley ball la, basket ball la...boling la..dan mcm2 lagi. Akibatnya, 2-3 hari tido kejang....bangun pagi menggigil sejuk plus sakit2...nak bukak baju susah, nak pakai baju lagi susah. Gosok gigi? Lagi susah....tapi aku gosok jugak, tangan kiri kan ada..cume "feel" nak menyental gigi tu takde. Kat sini, mana aku nak cari org urut2 urat ni? Orang jepun reti ke urut terseliuh ek? Kalau aku bior, gamaknya bengkak tak nanti? Tangan ni tak boleh angkat tinggi2, nak sentuh bahu belah kiri pon tak sampai. Ni dah la musim sejuk....badan da start gatal2...masalah betul, nak menggaru! Haiishhhh... tu la, padan muke sendiri. Orang suh belajar, aku pegi main. Tapi aku gian...gian nak main. Sebab tu la aku buat keje gila pi main dari 12 sampai 6...pagi. DUhhh!!!! Aku rasa la kan, aku ni dah tak betul...keje tak ke mana, tulis paper tak siap2..tinggal dah. Wat program asik sangkut sana sini....pastu main facebook. Haiishhhh..... apa ni...main2?? Takutnya..ni dah akhir tahun, tp takde output lagi skrg...seram wey...
Ok la...tangan aku sakit ni...kene baring..(alasan....nak tido) Esok aku nak pulun programming lagi. Harap2 menjadi. Dalam 10 hari kebelakangan ni, cume hari ni je aku jd baik..leh fokus wat keje. Lagi 9 hari tu.....hancus. Macam ni ke belajar? Takde gaya langsung...huhu..ok la korang, aku kene baring.... heheh..selamat malam, oyasuminasai!

Thursday, October 28, 2010

Cosmos in Autumn

Now is autumn season. I like this season so much compared to others. Off course I like spring too (a lot of cherry blossom) , but the weather..I mean..the temperature, autumn is better. The smell is fresh, but since Monday...the temperature was up and down...sometimes 19C, then the next day became 12C, then up again...plus rain. What is wrong with the world now? Its too cold now and wet. I am not prepare yet for winter, all my big jackets still in the luggage...my inner, all sweaters.... I got news from uni email, they said..maybe on Saturday, it will be typhoon. Owhh...it means that I can't go out and take more pictures of autumn. Here, I have two pics for this season---sorry, here..autumn still has green leaves. I am waiting for yellow and red leaves too.

Peaceful