Lately, aku rasa gelisah. Semakin banyak pulak benda masuk dalam kepala. Kadang2 perbuatan tak sama dgn apa yg difikirkan. Padahnya..mcm2 dan mungkin tempias ke orang lain. Aku nak kejar sangat "benda" berharga sampai terlalu berjaga2 dan aku rasa sampai aku salah langkah. Semuanya diluar kawalan. Sekarang pun, dah ada tanda2 yg tidak baik terhadap diri aku..contohnya:
1. aku susah nak lelapkan mata
2. bila tido aku tak mau bangun2, sbb aku tak nak pikir
3. keje bertangguh ~banyak
4. risau....
5. selalu terlupa pada benda rutin ~cth, kunci basikal, tutup suis pc .etc
Hari2 muhasabah diri. Mohon diberi kekuatan dari Allah. Aku harap ada kesudahan yang baik. Aku harap diberikan peluang untuk betulkan keadaan. Sekarang aku dah masuk fasa untuk tulis tesis. Jadual untuk apply viva pun dah keluar, segala tarikh2 keramat yg aku kene alert dah terpapar..dari hujung Sept sampai February next year. Harap2 tarikh tu sampai february saja..tak mahu lebih. Kawan-kawan, doakan aku berjaya tulis tesis (part paling susah nak buat) . Sekarang aku tgh run semula simulation & programming sbb aku tak mampu lagi nak pikir ayat2 untuk "digoreng" dalam tesis. Doakan aku boleh grad. Doakan aku bahagia, dipertemukan jodoh. Kata2 yg aku asik ulang2 sekarang ni "Jangan Menyerah"...berserahlah pada yg Satu. Untuk itu..hari2 aku main lagu Jangan Menyerah(klik tajuk tu kalau nk dengar sama) (repeat x henti2 sampai aku rasa lega).
Student life BW
13 years ago
3 comments:
Aku pon da selalu lupa. Paling best lupo lock kete, pastu parking kat luar. Moga tabah..
Iskk..keta mahal dari basikal, hati2. MOga aku , kau dan yg lain juga tabah.Amin.
Update skit. Lama x dgr kabo
Post a Comment