Sunday, August 07, 2011




Day 6, Ramadhan~

Hari ni sangat panas bagi aku. Ntah kenapa puasa kali ni sungguh tak larat....sungguh tercabar rasanya. Ni baru kepanasan kat dunia, belom akhirat...uh..takutnya. Siang td aku keluar, gi klinik kejap. Lepas tu gi cuci kereta, isi minyak,kedai2...mencari barang. Sepanjang masa kat luar, terasa dah pening2 kepala....terhidrat pon ye jugak. Dalam kedai masa tgh cari barang pon da pusing2 je kepala ni...tergolek je belom. Sebenarnya aku teringin sangat nak cuba buat kuih Cakoi, ala..yg org jual kat pasar malam tu. Nak buat nye cam rumit sket, kene uli2....tp disebabkan kepeningan yg melanda dan kesuntukan masa, juadah telah bertukar jd mi kari sahaja. Simple dan cepat. Aku tambah, buat orange juice sendri....bukan sbb rajin, tp sbb syg tgk buah oren tu tak dimakan2....
Lepas berbuka, aku solat dan terus tak sedarkan diri. Tau2 dah pukul 10.15, gagahkan diri bangun, utk solat isya dan terawih. Alhamdulillah.

No comments: