Wednesday, March 30, 2011

Graduation. This is what every student want. Aku pun nak juga tapi lama lagi lah. Kalau sebut awal2 pun buat serabut kepala sebab keje banyak lagi tak settle. Ada kisah aku nak sampaikan tentang hari graduasi ni. Dulu kalau orang tanya, kenapa nak buat phd? Aku pon tak tau kenapa cuma pada waktu itu aku memang obses (bukan obes yerr) nak buat phd...dan yg terlintas dipikiran aku ialah aku nak rasa pakai bonnet tu. Topi yg bulat untuk phd candidates tu. Itu kisah lebih kurang 7 tahun yang lalu. Masa berlalu pantas, dengan izin Allah aku berjaya maju setapak untuk buat phd dan bertapak-tapak pula ke Jepun. Bila orang tanya kenapa Jepun? Aku pun tak tau kenapa tapi yg pasti ini adalah satu negara yg memang aku nak dtg sejak dulu2 lagi..masa aku undergraduate lagi. Okay biarkan kisah itu, berbalik kepada topik asal kita iaitu hari graduasi. Cuba lihat gambar di atas dan perhatikan serta amati apakah kisah disebalik suit hitam itu dan juga graduasi? Suit-ramai sedia maklum, kalau nak graduate sama ada mengenakan pakaian rasmi kebangsaan ataupun suit lengkap. Special nya lagi, ada jubah dan juga mortar board ataupun bonet yg melambangkan graduasi tersebut. Malangnya...tidak di sini. Di sini hanya sekadar suit sahaja. Begitu juga dengan majlisnya, sangat simple, sekejap, dan "meriah suam-suam kuku". Aku dapat perhatikan minggu lepas bila aku jenguk sahabat2 di sini yg graduate. Di sekitar kawasan kampus, sunyi....*ini pada hemat aku. Tapi bagi org jepun, ianya meriah kot. Kalau di malaysia dah seperti pesta Jom Heboh gamaknya, penuh dengan org..sanak saudara kaum keluarga. Datang berpesta untuk meraikan. Di sini yg aku dapat perhatikan, hanya mereka2 saje..disamping sahabat...sahabat pula antara mereka yg bergraduasi. Huh, jauh bezanya. Ibu bapa? Adalah sekerat dua....mungkin yg berdekatan. Kelebihan yg ada di sini hanyalah majlis penyampaian sijil dijlankan sepantas yg mungkin. Aku rasa dalam satu jam atau dua saje. Sijil utama hanya disampaikan melalui wakil pelajar. Part ni...menjimatkan masa, pantas. Apapun, aku mengomen2 ni...esok2 aku jugak yg bergraduasi di sini hehehe , insyaAllah. Kepada sahabat2 yg berjaya menempuh alam study ni, tahniah dan semoga kalian terus2 berjaya. Jangan menyerah kalah! (sila dengar lagu Jangan Menyerah by Nidji...hehehe). Cabaran untuk kalian telah bermula @ baru bermula...kerana di luar sana, pelbagai ujian dan dugaan yg sebenar sedang menunggu kalian. Dunia kampus hanyalah sebahagian kota kecil yg telah tersusun dan teratur untuk melatih para graduan menghadapi alam kehidupan yg lebih mencabar. Berpegang kuatlah pada AGAMA dan berharaplah pada yg SATU. InsyaAllah kalian selamat dan berjaya selamanya.

Aku juga ingin membawa kalian kepada secebis kisah graduasi yg lain. Di atas tadi ialah rungutan2 aku sebelum di dalam keadaan sedar. Sekarang aku ingin sampaikan sesuatu yg menyedarkan aku bahawa jubah, bonnet dan juga suit tiada sebarang perbezaan. Majlis konvokesyen yg meriah mcm konsert dan juga majlis yg simple juga tiada perbezaan. Hakikat kedua2 nya mempunyai maksud yg sama iaitu ~menyampaikan anugerah. Semua orang maklum Jepun telah mengalami bencana yang menimpa2. Banyak kisah yg boleh diambil iktibar termasuklah kisah graduasi ini td. Seandainya aku adalah salah seorg graduan pada tahun ini, jika ditelek nasib dgn mereka2 lain yg bergraduasi dlm keadaan serba kekurangan, sudah pasti kalimah Alhamdulillah tak putus2 disebut. Pada masa ini memang musim graduation dari sekolah2 dan juga universiti di seluruh Jepun. Sangat menyedihkan melihat sekolah2 yg hancur, masih tetap menjalankan majlis konvokesyen utk pelajarnya di dewan tempat semua mangsa tsunami dan gempa berteduh. Sayu melihat cikgu2, mencari sijil2 yg sebahagiannya musnah dalam bencana, ada juga yg selamat....mereka bersihkan...lumpur2 yg tercalit pada sijil tu. Jika kesan itu tidak hilang, aku rasa ia akan jd satu kenangan yg sgt berharga pada penerimanya. Melihat ibu2 kembali ke tapak rumah yg telah hancur, menggeledah sampah2 yg ada, terjumpa baju sekola yg masih elok..di ambil dan dicuci utk anaknya pakai dihari graduasi. Ada juga ibu bapa yg hadir sebagai wakil kepada anak mereka yg telah pergi dijemput tuhan. Aku cube cari video kisah itu tapi cume jumpa satu jer. Aku tengok ni kat tv setiap pagi....maka kdg2 berair mata jugakla melayan kisah2 ni...(aku kan poyo bab2 ni..). Maka untuk kalian ...aku paparkan video graduation yg aku jumpa ni. Maaf ianya dalam bahasa jepun tapi aku yakin semua org boleh memahaminya hanya sekadar melihat serta mengamati intonasi yg ada. Oleh itu, makna graduation day atau konvokesyen tidaklah terletak pada pakaian mahupun majlisnya tapi pada pengalaman, kenangan, isi dan intipati ilmu yg tersemat di dalam diri. Semoga memberi manfaat kepada semua (termasuk diri aku yg tgh low motivation ni...)

1 comment:

patung_ling said...

x kesah la mcmana graduate... pengalaman suka duka sebelum graduate tu paling manis. pengalaman tu x dapat ms hari graduasi iaitu pada hari kejadian graduasi