Tuesday, March 23, 2010

Sayonara Irene. Tepat pukul 7 td aku ke "eki" (train station) janji dgn Irene nak jumpa kat situ. Hujan renyai2...makin lama makin lebat. Sebenarnya kitorg da byk kali janji nak jumpa tapi Irene terlalu sibuk uruskan hal2 untuk dia balik ke Filipina. Ni pun, jumpa berborak kat bangku tepi eki tu je di kala hujan. Walaupun sejuk, tapi kami bila bercerita tak kira di mana2 saje. Sempat dia bawakan dua majalah Readers Digest yg lama, tapi aku suke sbb dah setahun tak baca....dan dia bagi kamus Japanese-English yg masih elok. Dia berulang kali menyatakan kamus tu beli di BOOK-OFF (kedai buku2 2nd hand) dgn harga 105Yen. Tapi kamus ni masih nampak baru dan bersih. Aku tak kisah akan harganya, aku suke buku walaupun kdg2 aku tak mampu nak habiskan membaca. Yg penting, buku ni satu bende yg sgt berharga tak kiralah baru atau lama.
Mendengarkan cerita2 Irene, sampai ketawa terkekek2..kejap2 kami intai2 di dalam eki tu, takut lak inspektor train ni marah dgr kitorg ketawa kuat2...macam2 topik dari graduation day, holidays, Tokyo, Kyoto, Kobe,works,thesis, japan's life, "pressurize" sensei, japanese people, happiness, sadness, kids, Phd, Master..dan byk lagi. Adalah dekat 2 jam..bayangkan kami berborak dlm hujan hehehe. Irene byk tinggalkan nasihat disebalik cerita2 nya. Pengalamannya survive di sini cukup mematangkan dia. Katanya, dia dpt lebih apa yg dia nak. Dia telah buat melebihi apa yg dirancang. Memang dia tak punye banyak duit nak beli bermacam2 "omiyage" utk family, kwn2 nya di Filipina tu, tapi dia telah "membeli" banyak kenangan di sini terutamanya travel. Dalam masa setahun, dia telah menjelajah pelusuk Jepun ni dgn jaya nya.Hanya dia dan suami. Kagum. Katanya, setelah penat bekerja, cepat2 tutup buku dan holiday!! Itulah pengubat stress yg sebenar. Dia tak henti2 menggalakkan aku ke Tokyo dan try naik subway. Dia kata dlm banyak2 bende menarik di Tokyo..dgn disneyland dan pelbagai...subway yg dicadangkan kat aku..aku tgh imagine cemana subway tu punye rupe. Dia pun mengingatkan aku supaya menikmati saat yg ada di sini sebaik mungkin...keluarlah kemana kaki hendak melangkah, jgn dihiraukan bahasa mahupun tulisan yg pelik2, yg penting berani dan gembira. Pesanan akhirnya sgt menyenangkan aku bila dia kata, seandainya aku stress or tension dgn org2 jepun ni...sila lah luahkan di facebook nya! Hahahah...Itulah Irene yg aku kenal, ceria selalu, berfikiran positif dan mature. Dari raut wajahnya aku nampak,keceriaan dan dia juga berjaya membawa kejayaan disamping memori terindahnya di sini. Omedetou gozaimasu Irene-san!!

No comments: