Last week, pada masa ini Sabtu, aku ada di Beppu. Satu tempat di pulau Kyushu. Pergi untuk presentantation di seminar. Aku pegi dengan supervisor dengan kereta, kemudian ferry, kemuadian kereta. Pheww....macam tulah kalau nak travel kat sini. Macam payah je bunyinya tapi dah geografi Jepun macam ni. Tu kira perjalanan yg termurah kalau nak banding naik shinkasen. Tentang seminar, ok semuanya even aku masih betulkan slide presentation hingga saat2 terakhir. Aku buat slide presentation kali ni yg terlama seumur hidup, dalam 2 weeks. Seingat aku, slide presentation utk Master thesis pun dalam bape hari je aku buat. Well, outcome nye tentula berbeza, hasil 2 weeks dgn beberapa hari. Presentation seminar atau conference pada sesetengah org apalah sgtkan..just 10-15mins ckp dgn sikit2 gambar or diagram dah mencukupi. Tapi bukan pada supervisor aku. Presentation ni akan memberi impak maksima pada dirinya. So, aku berusaha untuk memaksima kan outputnya itu. Pheww...Beppu, tempat yg sangat cantik, unik dan..amazinggg!! Dulu aku kata Naruto tu dah sgt cantik, la ni aku tukar ranking dia plak..Beppu lg cantik. Kuasa tuhan, bumi dijadikan berbeza2 struktur alamnya. Di Beppu terkenal dgn hot spring, kalau org sini panggil onsen. Ada steam keluar berkepul2 mcm asap kilang, wujudnya kolam air panas berwarna warni. Yg cantik, warna biru firus, yg kagum warna merah. Kat sini aku amik kesempatan ber-onsen jugak, tapi private onsen. Kebetulan di hotel tempat aku duduk boleh booking untuk 1 jam. Sebelum tu aku dah pening2 kepala pikir cane nak mandi sbb biasanya hotel sini guna public bathroom. Nasib baik boleh booking kalau tak...uhh..tak mandi aku.
Kat sini aku sempat lagi berjalan walaupun kami tak byk masa. Alhamdulillah SV aku sporting lak kali ni, dia nak berjalan. Tapi aku rasa ni sight seeing terpantas pernah aku buat. SV aku jalan sgt laju...dia citer dia org jalan paling laju di Tokyo...memang betul, kalau jalan dgn dia terasa tegang urat kat peha dgn betis. Dan banyak kali aku tertinggal di belakang dan bayak kali aku akan berlari-lari anak mengejar dia. Tambahan, aku pantang tengok mende pelik, cantik mesti nak amik gambar. Tapi kali ni gambar sume tak menjadi sgt....sbb tak dan nak tgk view finder pun...terus snap. Tak pun snap sambil jalan hehehe..aku segan SV aku dok tunggu aku amik gambar. Sepanjang berjalan dgn dia ni, banyak cerita pasal Jepun. Dari segi citer asal usul tempat, budaya, sampai la makanan. Setiap satu benda ada ceritanya sendiri. Itu uniknya Jepun. Kebetulan masa kami melawat Samurai Residence di Kitsuki City, bermulanya sambutan untuk menyambut hari kanak2 pompuan. Kisahnya, kanak2 perempuan pada bulan Mac nnt akan sambut satu hari special utk mereka. Ahli keluarga akan menyediakan satu patung special utk kanak2 perempuan ni. Dan di kawasan ini sgt famous dgn anak2 patungnya. Ada yg dipamerkan patung yg berusia 100,200 dan 300 tahun. Kanak2 pompuan ni cume boleh tgk anak patung tu pada hari tersebut sahaja, kemudian keluarga kene simpan patung tu. Dia tak boleh tengok sampai bila2. Katanya, kalau dia nampak, nnt takde jodoh. Huhuhu...So pada hari tu, SV aku nak tgk tempat2 yg jual, pamer anak2 patung ni.Aku follow jela..tak minat sgt pun, maybe dia ingat aku pompuan suke mende2 mcm ni..dia suggest aku boleh beli satu utk souvenier. Memang cute, kecik je..patung2 arnab pakai kimono, handmade, sgt kecik..tapi harganya BESAR!! paling cokia 1,000Yen. Aku tak beli la, teddy bear lagi syiok.
Sepanjang perjalanan, aku sentiasa memerhati. Aku memerhati segala-galanya. Ni kali kedua aku berjalan dgn org Jepun, yg first dulu kawan lab aku. 2-2 ada persamaan, iaitu PANTAS. Pantas dari segi, berjalan, makan, berfikir. Tapi yg paling pantas berjalan SV aku la. Makan pun sama, walaupun aku yg makan dlu dan aku rasa aku makan dah laju...tapi dia habis dlu. Dan dia terpaksa menunggu aku habis makan. Selain makan laju, aku perhati dia jaga makan. Tengok kalori makanan yg ada, makan tak terlalu byk cukup sekadar kenyang. Alasannya simple," saya dah berumur, takde masa nak bersenam jd kene jaga makan. Satu hari makan cume semangkuk nasi." Uwaoooweee...aku diet pun tk mcm tu. No wonder la badan dorg selim-melim. Ada satu kesah, malam yg kami baru sampai, kami makan di hotel tu utk dinner. Aku tk penah stay kat hotel sini, caranya berbeza dgn Mesia. Kalau mesia makan mesti buffet. Kat sini dihidang. Makanan Jepun sume kecik2 tapi banyak.Aku kira malam tu ada 9 jenis. Satu meja tu penuh. Tengah makan satu...yg lain keluar..kemudian keluar lagi satu..sampaila penutup..buah. Tengah makan tu, makcik ni bwk la satu dulang sashimi yg berukir2 dari seekor ikan besar...dengan kepalanya tercacak...masih berekor...dan dihias jadi mcm kapal. Hiasan tu cantik, ada mcm ranting2 kayu..daikon n carrot umpama rumput2..Kami ternganga sebentar. Rupanya, sashimi tu hadiah dari kawan SV. Sebenarnya, hotel ni kawan dia yg punye. Orangnya comel dan cantik, aku kira umurnya dalam awal 40an tapi mukenya mcm 27!! Pada SV aku hadiah tu mcm sgt berharga sbb ikan tu ikan yg ada di area pulau Kyushu. Kalau di area lain ikan tu mahal. Maka, kami berdua berusaha keras menghabiskan ikan mentah itu sbb ia adalah pemberian, sgtlah tak sopan kalau kita tak habiskan. Dan aku lah mangsanya....kami makan sampai terkulat2...dia cepat kenyang, suruh aku habiskan semuanya.Bukan nya sikit..sekor tu..walaupun dah dipotong nipis2, cantik2..tp kuantitinya masih dari seekor yg BESAR!! Aku bukan kesah sbb banyak..tapi aku kesah sbb MENTAH!! Dulu aku tak boleh mkn sashimi kecuali salmon saje. Dah setahun kat sini dan tiap kali party ada sashimi, aku da lali. Sume aku telan dgn jayanya. Tapi malam tu..rasa mcm X-Factor. Bayangkan..makan didepan big-BOSS anda...aku rasa muke da kelat2 bercampur senyuman. Pada aku ikan tu rasa ok je...tapi maybe sbb aku dah kenyang sgt dgn yg lain2..dia jd muak. Sehingga ketulan2 terakhir....ada dua ketul..aku rasa cam nak pengsan ms tu..SV aku kata..ok dia tolong..dia amik yg kecik..yg besar dia bg aku...choiiii..tapi aku kesian gak tgk muke dia sambil bersandar memegang perut. Hahaha...gila la makan mcm tu. Keesokannya, kami lunch roti je sbb alasan...mlm td makan byk gila hahahhaa.
Another story, apa yg aku tengok SV aku tak berhenti buat kerja. Dari bertolak, dia drive dlm 2-3 jam statik dlm keta. Then naik ferry aku ingat dia nak tido2 ke rest, rupanya tak...dia bwk keluar notebook..dia buat paper. Pastu aku tengok dia baca paper pulak. Pastu dia marking tesis kawan2 aku plak. Pastu muke dia pun da mcm tempe..siap menguap2...dia kata, dia byk sgt keje nk buat...then pass satu bahagian tesis kawan aku tuh suh aku tgk..suh cek BI. chooiii!! BI aku pun cokia...nk cek org punya. Masa aku cek tu, aku serius tak paham....tapi aku berusaha keras sampai aku rasa pening2 dan mual (ferry dok goyang2...terasa terbuai). Tapi aku berlakon jela time tu..aku siapkan kat tempat lain. Bila da sampai, kami ke hotel dan terus berjalan. Lepas jalan tu dia kasi aku masa pi jalan2..tp dia nk balik wat keje. Huh..keje lagi..esoknya mcm tu juga..time aku present je dia dgr..pastu dia wat keje. Masa balik pun gitu..masih wat keje..tp di saat2 akhir dia tumpas jua akhirnya sbb dia da pening kepala then aku suh dia rest..cewahhh..then dia pun tetido. Aku apa lagi...bangun capai kamera..pi kuar kat tingkat atas ferry tu amik2 gambar. Hahahhaa...sangat berbeza kan aku dan dia. hehehe..anyway aku masih kagum sbb dia buat keje sebaik mungkin walaupun hanya memeriksa tesis or paper. Aku bandingkan dgn diri aku beberapa tahun lepas, aku tak penah buat keje sesungguh itu. Aku tk penah cek tesis student sebaik itu. Sampai hari ni aku terfikir, kenapa aku tak jd mcm tu...sedangkan waktu itu aku taklah sesibuk mana nak dibandingkan dgn dia. Aku rasa satu kerugian tidak menggunakan masa sebaiknya. Hmm..satu pengajaran aku dapat...bekerjalah sebaik mungkin, sbb itu amanah. Gunakan masa sebaik mungkin sebab masa berlalu takkan kembali. hey..aku dah menghabiskan masa hari ni tk buat pape...arrhh aku kene berhenti menaip skrg..ok geng..chow!!


3 comments:
setelah menyemak isi blog ini..ada sesuatu tertinggal..PORCHE
hahhahhaha....yup, naik PORCHE dengan kelajuan setakat 140km/j saje...hehehe Japan mana boleh gi laju2 sgt hahaha
Post a Comment