
OoO00ppss!! Terbolos! Its heavy. Mikan(limau/oren) lagi. Kali ni lebih besar dari haritu punye. Ni lain jenis sebab besar2 dan menggerutu kulitnya. Wani bagi petang tadi. Banyak...cube tengok kat bawah tu. Banyak kan..utk aku seorg? Aku tak gemar oren ke limau. Air oren pun aku kurang gemar. Aku suka buah tropika mcm mangga dengan tembikai. OOhh mangga, rindunya aku bertahun tak makan (mangga kat mesia ye, sini ada mangga tapi bapok mahal). Bulan lepas Wani bagi jugak satu beg plastik penuh oren. Aku cume mampu makan dalam 4-5 biji lepas tu terbiar kering atas meja. Huhu..aku da kata, aku tak makan tapi dia tolak jugak ke aku sebab dia dapat satu bakul besar! Aku baru buang limau yg busuk2 tu last week. Kali ni kalau tak makan aku kene bg org lain. Sayang, sebab aku tgk kat supermarket sebijik dekat 500 - 800 Yen ikut kualiti huhuhu...aku kene makan jugak, rezeki kan Allah nak bg. Baik, aku makan jugak tiap2 pagi supaya perut lawas ekekkee... Mana datang semua buah2 ni, dari family angkat Wani kat sini, besan kepada keluarga itu, punya ladang oren. Wani baru lepas petik oren...maka yg dipetik semuanya dibwk balik. Katanya, family dia dpt sebakul...dia dpt sebakul. Huhuh...bayangkan!! Cube kalau pokok mangga ke..peach ke..anggur ke. Yg tu mesti sedap kan. Strawberry pun sodap.

Ini yg aku kata banyak. Kalau orang suke oren sure kata tak banyak tapi pada aku sangat banyak. Buah oren buah tangan masa pegi sambut new year kat rumah family Wani tu pun aku tak makan. Buah kiwi yg bulan2 lepas punye pun ada lagi...huhuhu

Tak silap aku nama oren ni Dekong. Kalau tak silap la, aku ingat2 lupe sbb nama dia macam dokong. Eeeii..sebut dokong, terliur aku. Yg kaler kuning tu, buah oren yg aku dpt masa new year. Bila nak makan ni?

Nah, aku potong. Nak tengok apa beza oren biasa dgn dekong ni. Emm, mcm oren sunkist tapi texture nye besar2, manis masam. Wani suh aku peram sehari dua baru makan. Limau ni petik2 kemudian peram dlu baru sedap di makan. Katanya la. Aku makan dah ni..emm..sedap. Alhamdulillah!!
4 comments:
ko mkn byk2..so x yah masak nasik
ko mkn byk2..so x yah masak nasik
ko mkn byk2..so x yah masak nasik
uii patung..asik ter-berr- la aku mcm gini
Post a Comment