Stressful week. Banyak kali aku nak ceritakan keadaan sebenar di sini tp susah juga nak diluahkan dgn kata2 Tapi segalanya telah "terburai" malam td, bila aku jumpa Wani untuk dinner (bila Wani terasa nak minum sdp2 ). Kami ke kedai makan 24 hrs di sini,yang syok nye kat sini, byr hanya utk 1 minuman boleh amik mcm2 air. Malam td aku habiskan set nasi jepun dgn ikan, salad+sotong goreng (yg Fuzah suke), fries, dan diikuti segelas besar expresso caffe ice, pepsi, mocha....di akhiri dgn vanila kohi jelly ice-cream sebagai hidangan penutup. Tu dia...melepaskan geram terhadap makanan..kami berborak, bercerita dan juga disulami dgn meluahkan perasaan masing2..terhadap kerja masing2. Kebetulan, dua2 kami ni menghadapi situasi sebenar sebagai seorang "pencari ilmu". Macam2 tukar cerita, hampir 5 jam kami di situ...rekod berborak terlama pernah aku catat sejak duduk di sini...Itulah hakikatnya, sepanjang berborak aku dapat belajar sesuatu dari cerita Wani...kisah dia dan sahabat2 nya yg berdepan dgn kerenah yg pelbagai. Kiranya aku masih beruntung,.tension dgn diri sendri saje..tak melibatkan org lain. Cume kene doa lebih la supaya segala dimudahkan lagi. Betul..skrg ni aku tak cukup source untuk study programming aku yg mmg ting tong ni. Ditambah dgn menggunakan applikasi Open Source yg hakikatnya documentation open source ni tidak lengkap....kalau google tu..boleh kata semua page aku dah masuk..nak yg versi english, japan, malahan itali sekali pun aku redah....perasaan hampa aku bertambah2 bila aku menghantar soalan2 ke forum yg sepatutnya tapi takde yg reply..aku dah kira, masuk kali ni 5 email aku hantar..hanya 1 yg berjawab....Otak aku tak henti pikir mana nak cari source...aku masuk mana2 forum dan hantar email kepada yg berkenaan..mcm biasa, sepi membisu...sedih bukan kepalang..tanya pada kwn2..ada yg menjawab (terima kasih kawan2...rasa lega sikit) dan ada juga yg soalan belum dilontarkan tetapi sudah berat utk menjawab..(takpe, mungkin dia busy ataupun..dia belum pernah rasa sebegini). Apapun aku kene tenangkan diri dlu..bru bleh pikir baik2...kadang2 error nye kecil saje tp disebabkan rasa amarah tu membuak2 di dada menyebabkan kabur segala bende. Sampai satu hari, aku rasa sgt geram, sebab tak boleh buat...sampai aku takleh berkata2...takut kalau aku berkata2..yg keluar hanyalah letupan. Maka aku mendiamkan diri dan cuba bertenang dgn cara istighfar....alhamdulillah..berkesan. Petang itu, around 6.30 petang....setle 1 code yg kontot..tp bermakna buat aku. Mungkin...kalau org terer kata..ala..ini bdk undergrad boleh buat, ye..aku mengaku..aku tak boleh buat wpun yg basic sbb aku telah lama tidak menyentuh subjek ini (paling last 2003). Ditambah pula subjek ini pelbagai versi...buat aku konpiusss..Ada juga yg menyarankan aku utk menggunakan perisian yg lebih mudah..ye, aku tau itu semua..sebab pernah guna sblm ini. Perisian yg lain, mengikut pengalaman aku dulu2..study sahaja manual dan latihan dlm 1-2 bln..selepas itu boleh mahir. Namun sgt lah berbeza dgn perisian yg aku gunakan sekarang kerana ia bermula segala2 nya dari ASAS. Apakan daya aku tak mampu utk menggunakan perisian yg mudah kerana keputusannya terletak pada "lelaki" itu....seandainya aku menukar perisian itu umpama aku "mengikarinya"...dan lelaki itu bukan lah sebarangan manusia yg ada di muka bumi. Apa yg aku buat skrg, usaha lagi..doa lg semoga ada jalan lain...cuba tutup telinga pd perkataan "tukarlah software tu....kita bukannya ada contribution pd software, yg penting nya idea.."..sebenarnya perkataan itu cukup "membunuh" semangat aku utk terus meneroka ilmu programming ini. Bukan tak nak, tapi tak terdaya...keadaan aku tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Alahai.....susahlah nak cakap..tp itulah hakikatnya perasaan BisZkuT pada kali ini..Kesimpulannya utk mengubat gundah gulana ini bak kata Wani "sabar & pikir positif je lah!"
5 comments:
aku paham PERASAAN mu biszkut
arigatou gozaimasu Fuza san!!
kak D,
aku juga memahamimu..sabarlah yer.
aku jugak paham....aku baru melingkupkan satu equipment kat sini....huhuhu..mentang2 aku foreigner...dihebahkan kerosakan mesin itu tapi kalu depa yg rosakkan sampai berlubang furnace tuh senyap jer...
hukk..m.e.m.e...sian ko..dorg mmg dengki kat foreigner. aku dgr mcm2 citer psl layanan dorg ni. klu bdk2 bangsa dorg ni wat apa nampak cantik aje..sabor la ..mana tau allah tau niat kita ni (aku ni menyedapkan ati sendri jugak)
Post a Comment