Sunday, May 31, 2009

Tak pernah menyangka aku akan alami situasi yg memeningkan kepala sampai tak boleh buat apa. Pagi Jumaat, waktu aku bergegas nak gi lab, dah la terlewat bangun, pastu ada "zemi" lak pagi tu pukul 9, aku nak keluar rumah, cari kunci skuter takde. Aku geledah atas katil takde. Meja & almari takde. Tengok jam, lg 10 minit nak pkul 9. Aku pon apa lagi...amik kunci basikal, pastu hari Jumaat adalah hari buang sampah yg boleh dibakar, aku siap2 pek sampah dalam bakul, keluar dan terus kayuh. Atas basikal, kepala aku berlegar2 pikir kat mana aku letak kunci. Masa "zemi" aku tak dgr pun apa bdk ni cakapkan...sibuk pikir. Abis je, aku tak ble nak buat keje..risau kalau kunci tercicir kat luar..kang lesap skuter tu. Aku balik rumah..masa kat trafik light, kepala aku meraban dok pikir2 cuba mengingat peristiwa semalam, tp tak berjaya. Aku cube recall semalam pakai baju apa....pun tak dpt nk ingat. (iskk..teruknya memory aku..mana pegi memory semalam). Sampai rumah aku scan dr kaki lima, tempat letak basikal, tepi bendang, tangga..depan pintu. Takde. Masuk rumah aku punggah bakul baju..tgk baju aku pakai semalam...cube ingat..tp tak dpt. Last2 aku kemas satu rumah. Katil tu aku bukak...berat..bwh, dlm katil, almari..dpur, mesin basuh, toilet..takde. Belakang peti ais..dlm peti ais..bwh dapur masak..laci..takde.
Td try tanya pakcik pembuat kunci, tak boleh katanya. Dia tak boleh buat tanpa kunci asal. Sedih.......pastu aku tepon semula kedai moto tu, yg jwb bukan tokeh dia..2 kali aku call..last2 dia kata boleh faham BI tp pelan. So aku ckp pelan2...tiba time dia nak balas...lama dia diam..susah nak buat ayat BI ...aku kata..aku fhm Jepun sikit2, pelan...maka kitorg ckpla mcm ayam itik. Last sekali dia nak no tepon. Aku tak sure bole ke tak dia buat. Aku kene dapatkan kunci gak sampai berjaya sebab lesen aku ada dalam tempat helmet tu......waaaaaarghhhhh...!!!

1 comment:

NoiJem said...

isy2..pelik tu.xkan kat jepung ade toyol curik barang? cari2..sampai jumpe