Sunday, May 17, 2009

Pewangi untuk bilik. Hmm....wangi, perasa peach. Yummy. Ni nak bawak gi lab yg busyuukk itu. Sebelum nk bwk gi lab aku rasmikan dulu kat rumah. Heheh..bagi segar2 sket rumah aku ni.
Sejak hari Jumaat aku asik terbaring aje sambil layan citer Jepun sejak lastweek. Pagi td (3 am) baru habiskan citer Beatiful Life. Kelmarin nye citer 1 litre of Tears. Banjir je rumah aku ni...sok sek sok sek...sedih citer ni. Terutamanya 1 litre of tears. Hmm...syahdu mengenangkan org yg tau dirinya nak mati, mesti takut kan..bila terasa nyawa akan diragut bila2 je. Sampai nk pejamkan mata pun tak berani. Bila tengok mcm mana penyakit saban hari memakan diri... satu-persatu anggota hilang keupayaan.. ish..tak tergambar la kat kepala sebelum ni. Itula, kalau korang ada masa cuba lah tgk citer tu ada kat online www.mysoju.com. Ini dr kisah benar. Dan olahan citer ni pun menarik, dekat dihati dan realistik. Takla mcm certain citer tu kalau kaya melampau2..sampai ada disneyland sendri, rumah mcm istana..tu karut je. Satu pengajaran yg aku dapat dr citer tu, hargailah kesihatan, doakanlah untuk kesihatan. Memahami insan2 yg kurang upaya, terutama hatinya. Mereka bukan hendakkan simpati, meraka inginkan kesamaan dan sama rata dari segala segi. Wow..aku cakap mcm apa je..jiwang karat ke apa..heheh.. Kat sini, sebenarnya org kemudahan utk org kurang upaya banyak. Syukur negara ni boleh support org2 ini dr segi kemudahan, cthnye transportation (train, bas). Dulu masa aku berulang dari Yashima-Bussozan biasa je jumpa makcik yg buta dgn anjing nye yg besar..besar sgt anjing dia. Tapi anjing dia ni behave. Aku selalu terkejut tiba masuk pintu tren ada anjing tu besar tepi aku. Bila da sampai ke stesen, nanti pekerja keretapi tu akan pimpin dia sampai naik bas. Bagus kan? Beruntunglah mereka kerana sistem kat sini secara tk langsung mengurangkan beban mereka. Negara kita? Bila agaknya negara kita boleh sampai tahap mcm ni sedangkan rakyat negara kita "sepatutnya" ada tahap kesedaran seperti ini. Yelah, agama kita mengajar kita untuk membuat kebaikan. Agaknya kene tunggu dpt menteri yg ada kesedaran tinggi mcm ni baru lah terbentuknya sistem spt negara Jepun. Aku pun biasa jumpa kereta atau MPV yg ada sticker org cacat. Maknanya kereta tu khas org cacat...drivernya cacat. Nak tau..kereta dia lebih besar dr kereta org biasa2. Banyak da aku jumpa...heheh..maknanya, dia mampu hidup dgn baik wpun secara fizikalnya kekurangan. Sama juga dengan warga tua. Org2 tua kat kwsn uma aku ni...rasanya dah lebih 80 thun tp masih mampu bergerak sendri. Kadangkala aku rasa kesian, aku dpt rasa mereka tu sunyi. Takde sapa nk temankan dorg ke sana ke mari. Syukurlah, kat Malaysia aku masih dpt tengok org2 tua ke sana ke mari ditemani anak2 atau cucu2. Sekurang2nya tidak kesunyian. Itulah kelebihan org melayu. Kelebihan org2 tua di sini, mereka ada alat2 membantu utk bergerak. Kebanyakan mereka dah bongkok2...jalan seperti bertatih..tp dgn bantuan aklat macam tongkat palang yg beroda. Ada bakul depannya. Makan senang utk mereka bergerak.Kalau org tu ada duit lebih..mereka bergerak dgn moto...bukanla cam moto aku tu tp moto ni..mmm bayangkan mesin rumput besar tu...atasnya ada kerusi..ada handle..mcm moto..kemudian gerak perlahan je. Mcm berjalan. Aku mcm nk try je mende tu.heheh..mcm bes. Kalau bleh beli..aku nk bli satu, hadiahkan kt mak aku...bleh la dia pakai gi uma jiran sebelah ke..gi kebun ke..rilek je..hehehe..mengarut dah aku ni. Ok la, nnt bila aku ada ms, aku nk amik gmbr org2 tua kat sini...bersama alat2 kecanggihan mereka itu. Cumenya aku takde masa nk pi ronda2 dgn kamera. Tgh nak layan citer korea ni..ok la kita smbung lenkali..

1 comment:

Nurul said...

nanti aku tgk citer ni online. leh mengisi masa lapang aku waktu dok perah hehe..