Monday, November 03, 2008

Cerita Lawak 1
Hari ni aku datang kerja macam biasa, tapi aku ponteng assembly yg khas diadakan hari ni. Aku terlewat (sebab gi breakfast dlu kat umah). Sampai je ke office aku terus planning tugas2 aku yg tak siap lg. Dekat pukul 10 pg, telefon office ni berbunyi..satu suara dihujung talian.."kenapa cik tak bertugas jaga exam pagi ni?" Satu suara nada serius. Aku jawab "Eehhhh...jadual saya petang ni la..2.30-4.30 pm. Saya baru je tgk jadual last Friday, takkan da bertukar?" Suara tu kembali bertanya "Berapa no ID?" Aku pun beri no ID aku dan terus membebel.."Cuba awak check balik jadual saya tu..3/11 dan 11/11. Saya siap tulis ni. Takkan salah." Akhirnya dia mengalah "OK lah." Pap! Gagang diletak.... Ekekeke...dia termalu sebenarnya. Aku mmg betul. Dia yg tersilap org...pastu pandai2 lak tuduh2 aku..eii..malu...tula, len kali cuba berbahasa sikit..jgn main terjah je.

Cerita Lawak 2
Tidak lama selepas kejadian yg pertama ( Lawak 1)...telefon berdering, kali ni suara yg biasa ku dengar, dari jiran dihujung bilik "Akak, td Kak Non call saya..dia kata ada org cakap akak accident!" Terkejut beruk mat ye aku dengar "Hah! Sapa yg cakap mcm tu? Aku ok je lg ni...iskk.." Dia menyambung " En #### yg call cari akak td".. Owwhh...En tadi tu (yg dlm kes Lawak 1) yg mengatakan aku accident. Untuk kepastian aku call Kak Non...rupanya En tadi tu terpaksa mengganti tugas penjaga exam kpd org yg disangkanya aku. Padahal, bukan aku yg bertugas pd pagi ni. Orang lain. Dan En tadi telah membuat andaian bahawa aku tidak hadir disebabkan accident. Maybe dia ada dgr staff yg accident, tp bukan aku....bukan..huh...mintak dijauhkan. Mesti En tadi tu geram sebab tak pasal2 kene ganti tugas org. Dan maybe niat dia call aku tadi nak sound aku lerr tu..ewah2..tgk niat dia tak baik..kan da malu. Ekekeke..
Cerita Lawak 3
Baru sekejap td bersembang dengan Fizz, tiba2 dia menyatakan yg dia nak tau sgt apa nama dia dalam bahasa Jepun, seperti yg tertera disebelah kiri blog aku ni. (korg tgk betul2) Aku dpt tu dari friendster org..aku cuba2 dan suka2 letak. Bila aku letak nama penuh Fizz...keluar la satu nama..agak kelakar bunyi nye. Pastu kitorg try lagi dgn membuang huruf "H" dihujung nama tersebut....apa yg jadi..nama Jepun itu berubah totally 100%. Iskk...biar betul..then kitorg pun try la letak nama aku yg sama dan cuba 2-3 kali....hasilnya..nama tu tak sama pun..berubah..ciss..kitorg tertipu. Mati2 aku ingat betul la nama Aiko Hirohata tu nama yg di translate dari nama melayu aku. Sebenarnya web tu main pick randomly je...arrghh..aku tertipu...korang ada yg da cuba ke? Kalau mcm tu..korg pun kene tipu jugak la..
* 3 cerita di atas membuatkan aku tersengeh2 ari ni. Ada2 je....

No comments: