Tuesday, April 01, 2008


Laaaaama tak update. Bukan bz sgt pun, tapi aku agak malas heheh. Aku kalau dah bukak blog ni..nanti sehari suntuk dok menghadap mende...akhirnya keje lain tak siap. Tu yang bahaya. Biar aku update citer yang lepas2 ni. Seminggu selepas pilihanraya aku join satu trip ke Jakarta. Ni asalnya class trip sepupu aku. Dia ajak....actually dah lama kitorg plan nak gi jenjalan sesama. Bila ada peluang mcm ni aku pun join je la tanpa berfikir panjang. Trip ni tak ramai..dalam 8 orang. Secara keseluruhannya aku simpulkan trip ni sangat dahsyat! Buatkan life aku tunggang terbalik kat sana. Bila leader yg sepatutnya mengetuai kumpulan trip ni mcm "lost"...pening2 lalat...ikut "suka-hati-suka-poket dia"...without proper planning....without proper agenda and matlamat nak ke sana yg blur...Kalau dah class trip...off course la melancong sambil belajar kan...nak belajar something kat sana. Tapi apa yg diharapkan jadi lain. Sayangnya...bila semua org dah frust..masing2 bwk diri...ikut arah kaki nak pegi mana...trip yg satu berpecah jadi 3...dan duit yang asalnya dah di bajet2 kan sejak kat Malaysia lagi....dah semakin berkurang disebabkan banyak yg tak ikut plan. Aku bwk duit ngam2 je...sbb aku tau kat sini barang2 sgt murah..dan aku tak nak menggila shoping sampai beli mende yg bukan2. Aku dah list kan dalam kepala barang2 nak beli.


Kat sana 4 hari 3 malam....apartment boleh kata mahal..kawasan yang tak best...bukan kat betul2 bandar Jakarta..tak banyak tempat leh pegi sebab agenda dah tak tentu hala..Cuma sempat gi Bandung...sana best...tempatnya bersih dan menarik. Kedai2 jual barang tu toksah nak katala...boleh giler nengok nyer. Pastu singgah satu tempat ni nama dia Rumah Mode....kedai factory outlet yg dibuat dlm kawasan taman mini ala2 bali...cantik..ada restoran, kedai roti, playground, ada stall kecik2 jual makanan ..ada tempat duduk/lepak..kedai kopi ala2 starbuck gitu...kat sini je aku rasa enjoy sikit.



Hari2 yg lain kitorg dok round kat pasar pagi berdekatan dengan hotel saja. Boleh kata aktiviti yg boleh dibuat cuma shopping....Sampai wallet kering. Nak dijadikan cerita, masa nak balik tu pun satu hal lagi masalah berlaku. Kitorg tak diberitahu dgn jelas nilai airport tax yg sepatutnya. Leader trip tu kata 50,000 Rupiah. So aku simpan cukup2 je. Sama gak la sepupu aku. Cume kawan aku je ketakcukupan..sebab not Rupiah dah habis. So baki yg ada pada kitorg berdua..kitorg topup utk dia. Sampaila turn nak check in...bila staff airport tu kata nilainya adalah 100,000 Rupiah...terkejut badaklah kitorg. Mana ada duit dah...licin...last2 dia kata...ok lah...RM pun bleh terima...masalahnye...bila korek punye korek...tak cukup pun. Licin...aku keluarkan duit yg aku simpan (duit minyak aku nak balik ke rumah la......) tu pun tak cukup...korek2 la dgn dorg..duit singgit2 pun blasah je. Akhirnya cukup. Geram sungguh....time tu dalam kepala memang dok terbayang nak sepak2 je org yg bg salah informasi ni. Nasib baik tak gadai jam ke...kasut ke..beg ke...huhu...Lesson learnt untuk kali ini....Study banyak2 tentang sesuatu tempat kita nak pergi dan prepare baik2 dr segi budget, transport, tempat tinggal dan termasuklah makan. (Balik Malaysia aku kurus 1 kg beb!)


No comments: