Thursday, March 06, 2008

Aha...aku kene tag dengan Fizz...selepas melawat blog dia pagi ni, aku mendapati dia menanyakan soalan tentang ke mana aku selalu pegi "online". Okey...I will answer that question...5 tempat yang aku selalu lawati adalah seperti berikut:

  1. Portal Organisasi - wajib tu hari2 kene check memo, email, informasi terkini. Tapi kadang2 termiss jugak nak masuk, ianya biasa terjadi apabila kita mempunyai kerja lain yang terlalu banyak sampai tak terkata.
  2. Friendster - Satu laman di mana terdapat koleksi rakan-rakan dari zaman sekolah, zaman universiti dan zaman kerja. Dari sini boleh tengok kawan2 dan ahli keluarga mereka.....perkembangan terbaru, husband baru, anak baru, even boifren baru pun ada.
  3. Jurnal-Publication-Tesis- Kebiasaannya aku akan masuk ProQuest ataupun IEEEexplorer untuk download bahan-bahan yang berkenaan. Aku baru bergiat aktif melawat laman ni pada awal tahun ini. Kalau tak disebabkan oleh preparation utk sambung blaja ni, mungkin aku tak masuk..heheheh....
  4. Fotopages - Aha...ini ruangan yang aku minat masuk bila masa aku sangat bosan dengan kerja atau sekadar rak merehatkan minda sebentar...Antara fotopages yg aku suka pegi adalah CYBERCAKE and MamaFami. Cybercake ni aku suka dengan kek2 yg dipaparkan dalam tu. Aku tak gemar makan kek, cume aku impress dengan hasil kerja menggubah kek tu. Korang try tengok. Dan aku jugak pernah beli 1 kek tu...sebab aku terliur tengok lawa sangat. MamaFami plak..ada banyak koleksi resepi, selalunya aku bukak time lapar2...hahahha
  5. Blogger-Pernah suatu ketika dulu (beberapa tahun lepas) ruangan ini adalah pada ranking pertama ...wajib masuk hari2. Sama ada aku update blog sendri mahupun melawat blog rakan2. Tapi sekarang telah jatuh ke ranking ke-5. Tengok sahaja kekerapan aku update...itu pun menunjukkan bahawa aku tidak seaktif dulu.
Okey cik Fizz....aku dah berjaya menjawab ke semuanya. Aku kene tag org lain ke? Ok la...nak tag Een, Alqas, Azno.....lagi dua sapa? Kasi noijem dengan Asma la...

No comments: