
Tinggal 3 hari je lagi Yan dah nak tukar status. Tak lama lagi dia akan bergelar jadi isteri. Tahniah....aku doakan semoga bahagia hingga akhir hayat. Lepas ni takde la sorang2 selalu kat sana. Persiapan kenduri kahwin nya agak kelam kabut. Yelah, last2 minute punye kerja. Kesian..aku tak dapat nak tolong. Tolong dengar je. Apapun hari Sabtu ni aku akan pergi jugak ke rumahnya. Sebenarnya kenduri dia clash dengan hari yang sepatutnya aku ada bengkel. Serba salah juga nak mintak pelepasan dengan bos, tapi dia kahwin ni bukannya boleh tengok selalu...once in a lifetime. Bukan setakat tu, bakal suaminya pun aku kenal. Kami memang baik..both of them banyak tolong aku bila susah. So on special day tu nanti..aku bawak satu hadiah yg special sikit. Malam tadi aku beli. Puas jugak cari2 yang best. Jumpa la satu. Nak dijadikan cerita, barang tu diletakkan tempat ada display 15% less. Apalagi..seronok la aku. Tapi bila bayar...harga tetap pulak. Cashier tu tak tolak pun diskaun. Bila aku tanya, dia kata barang yang ada diskaun yg label berwarna. Ishhkkk...geram betul. Memang betul la barang aku tu label dia tak berwarna, tapi kat display tu tulis "Excluding pink tag". Akunye tag putih. Bongok la....dia nak menipu pengguna mcm aku ni....tertipu2...Kepada korang2..hati2 la bila memilih barang, jangan terkena mcm aku.
No comments:
Post a Comment