Aku ada cerita, last weekend aku pergi kenduri kahwin Yan. Alhamdulillah, dia dah selamat jadi isteri orang. Congratulation! Aku harap perkahwinannya kekal hingga ke akhir hayat. Persiapan kenduri ni dibuat dalam masa seminggu je. Kalau kebiasaannya 3-6 bulan orang prepare kan, tapi dia boleh buat dalam masa seminggu. Caya lah! Aku kagum jugak, majlis biasa, tapi bila tengok gubahan barang2 hantarannya memang cantik. Kalah orang prepare berbulan2. Semua perjalanan kenduri berjalan lancar dan dalam keadaan baik. Aku, macam biasala...ada juga suara2 yang bertanyakan pada aku..bila lagi? Bila lagi? Aku dah bersedia...benda2 macam ni mesti ada. Dalam happy tengok orang kahwin, dalam hati sedih pun ada sikit....Hari sebelum aku datang kenduri ni, aku melawat makcik yang nak menunaikan haji, masa aku bersalaman dengan makcik aku tuh...dia boleh cakap.."ni macammana boleh tak jadi nak kahwin ni?" ...hmmm...aku tak cakap apa....lepas tu aku bersalam dengan pakcik pulak..boleh pulak dia tanya aku.."eh ko bila nak kawen? dengan orang mana? orang perak ye?"....laaa......pakcik aku tak tau lagi yang aku dah putus tunang. Mesti mak aku cerita kat makcik aku je dan dia pon tak cerita kat husben dia. Mmmm...macam tu la hidup ni. Sepanjang kenduri tu aku tak mahu fikirkan tentang diri aku, ini hari bahagia Yan, so i have to cheer up!! I want Yan feel happy, happy and happy. Kahwin ni bukan selalu...so I don't want to spoil her day. And everything is fine sampai la petang kenduri tu. Masa nak balik tu lepas bersalam2, Yan peluk aku..kuat dan erat. Dia nangis.....Aku pun, tapi dalam hati. Aku try control jgn sampai menangis betul2....nanti lagi sedih. Aku sendiri tak tau kenapa dia menangis, maybe dia bersyukur .... Selama bertahun2 hadapi pelbagai cabaran akhirnya berjaya disatukan. Or maybe dia sedih, sebab aku. Ntah la...aku sedih sebab aku belum lagi boleh sampai ke tahap ni. Perjalanan aku masih jauh. Jodoh aku belum sampai, apa yang aku rancang dulu2 tu belum lagi diizinkan Allah untuk dilaksanakan.
Selepas kenduri aku cuti lagi kat kg. Aku rasa tak berapa sihat. Tak buat apa pun kat rumah. Melayan anak sedara aku main game je. Hari yang sepatutnya aku bertolak balik, Yan call..suh aku datang rumahnya kat KL. Dia ajak ke Gombak, jumpa sorang pakcik ni. Pakcik ni bagi aku air Yasin, untuk minum. Terima kasih banyak2....seronok berborak dgn pakcik ni. Macam2 aku belajar. Dia mengingatkan aku supaya sentiasa ingat Allah...sentiasa berwaspada.
Malam tu aku tumpang tido rumah Yan. Dan aku bertolak balik ke sini pg2 buta, pukul 6. Kesian dia...dah la malam tu tido lewat...pagi2 tu kene bangun awal pulak. Aku memang rasa mengantuk tp dalam kereta aku da sediakan 2 tin nescafe. Dalam perjalanan balik, masa kat Karak, aku terpaksa keluar highway dan masuk jalan kg. Rupanya banjir kat highway. Jalan tu jauh....kereta berderet pulak dan lama. Aku target sampai ke ofis dalam pukul 9 lebih...tapi aku sampai dah lewat..10.30 pagi. Nak tak nak terpaksala aku cuti sekali lagi...balik rumah aku qada tido sampai petang =)
2 comments:
di, semua ni menjadi kan ko tabah. and ketabahan ni ada nilai di sisi Allah. lepas call ko masa (incident day) aku tak leh tidor. serius, kat jengka masa tu. terpikirkan ko. aku rasa yan was in dat phase, and she was closer to you tha me. you're lucky to have cousin yg serapat tu. yg past is past.
aku kena operate gigi ni... tadi pi klinik. 29 dec appointment operate. lepas balik dari raya jahi penang. then masa tu baru kita celebrate bbqas belated. ok. thanks, sbb ingat bday dia.
thanks dude....nnt kita celebrate besday same2...
Post a Comment