Tuesday, November 13, 2007







Aku sampai ke pejabat agak lewat. lately, aku tak bersemangat seperti hari-hari sebelum ni. Aku terus menuju ke pigeon hole, sebab aku tau ada surat untuk aku. Memang betul seperti yang aku agak...aku dapat sekeping kad. Dari segi rupa memang cantik....musim apa kah ini tiba2 nak dapat kad..Rupa saje cantik, tapi isi dalam nya sebenarnya sehodoh yang mungkin. Menyakitkan hati. Aku tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan aku saat membacanya. Pada waktu tu....mungkin boleh control lagi sebab aku dah tau awal2 lagi. Tapi, macammana agaknya kalau kad ini sampai sebelum aku tau keputusannya??

Memang sah...ini saja alasan nya. Aku tak mampu nak buat dia sayang aku sepenuhnya, seandainya kepercayaannya telah hilang. Hingga tidak dapat diperbaiki....aku tak mampu. Aku sekarang dalam situasi "menerima" sahaja. Aku tak mampu mengelak, apatah lagi menepis.

Walau macammana pun, aku kecewa sikapnya..Dia kata 10/11/07...nak buat keputusan. Tapi sebenarnya keputusan dah dibuat lebih awal lagi...5/11/07. Apa yang dia tunggu lama2? Nak menyeksa jiwa aku ke? Sebelum tarikh tu...dia tak berbincang dengan aku. Adil kah? kalau la aku tau sebenarnya dia dah ada keputusan mcm tu...lebih baik aku biarkan aje..tak payah aku bersusah payah berfikir utk dia, utk keluarga aku dan dia....aku yg baik sgt, mengharap hubungan ni dipulihkan...tp dia sendri tak berusaha ke arah itu...dia hanya rasa dia telah membuat pilihan yang tepat

Ya, mungkin pilihannya tepat...Allah tunjukkan pada aku bahawa dia bukan jodoh aku. Kalau aku teruskan, mungkin aku merana. Dapat suami yg ego, keras hati, keras kepala......jumud...pentingkan diri sendri. Aku publish semua kenangan yang menyakitkan hati bukan untuk memburuk kan dia...tp aku nak simpan sebagai ingatan aku..lebih berhati2. Aku tak mampu nak simpan kenangan ni depan mata aku sebab aku sedih orang yg aku sayang buat aku mcm ni. Mungkin 5thn or 10..or maybe 20 (kalau panjang umur) aku akan jenguk balik page ni.....aku takkan lupa saat ini sampai bila2.

Dalam banyak2 perkara yang aku lalui...aku rasa yang paling sukar adalah bila aku nak berterus terang dengan mak aku sendiri. Aku tau dia lebih sedih dari aku bila tau perkara ni. Sejak umur aku 18 tahun lagi...aku tak pernah menangis depan mak. Walau apapun masalah yang aku hadapi aku cuba selesaikan dengan baik. Aku tak nak dia dia risau dan sedih. Tapi kali ni aku terpaksa jugak beritahu sebab melibatkan keluarga. Gugur jugak la air mata aku depan mak. Tapi mak memahami aku. Aku tau dia sedih...dia baru je nak happy2...alih2 dah jadi mcm ni. Lepas ni aku akan lebih berhati2.

No comments: