Balok, Kuantan.....pemandangan pantai waktu petang...cantik. Aku ada kerja kat sini, bukan bercuti ye..sambil2 tu sempat la aku jalan2 petang2 ni. Lagipun dah berapa jam asik terperap aje..Tengok gambar yang first...aku suka keadaan macam ni...rasa tenang aje. Macam best je kalau aku ada rumah tepi pantai ni...dapat tgk suasana macam ni hari2. 2nd picture is..jelly fish. Pernah tengok? Aku pon baru first time tengok...besar lak tu...aku terbayang dia besar macam ikan je..rupanya besar betul..geli pon ada...sekali rupa macam agar2 betul...macam nata de coco pun ada gak. Tengok gambar yg last ni....cute kan ketam tu? Cuba tengok betul2...ketam tu bertanduk..hehehe...masih hidup lagi tuh....ni la makhluk2 yg ada kat pantai balok...
Walaupun aku ada macam2 aktiviti dalam beberapa hari ni, tapi memori aku ni masih belum 'delete' betul2 tentang masalah aku hari tu. Sekarang ni aku sendiri tak tau macam mana status aku sekarang...walaupun A dah kata 'putuskan pertuanangan'. Secara rasminya, dia masih belum lagi hantar keluarganya untuk buat kata putus secara rasmi dengan keluarga aku kat kampung. Kenapa mesti nak biarkan hal ni tanpa ada kata putus yang sebenar2nya? Kalau la betul dia datang dari keluarga yang baik...seharusnya, apa juga masalah yg timbul, harus diselesaikan dengan cara yang baik. Bukan nya mak aku nak serang2 ..nak maki2 ke...tapi ikutkan biarlah beradat, sebagaimana dia datang dulu merisik, bertunang dengan cara yang baik. Keluarga aku pun ada maruah....aku sendiri ada maruah. Apa yang dia buat ni sedikit sebanyak menjejaskan harga diri aku sendiri. Mungkin kata aku tak kisah....kalaupun dia mengatakan aku yang bersalah, tapi dia perlu ingat..aku juga manusia, ada perasaan. Cukupla dia buat aku rasa underestimate....yg terlalu aku rasakan...sampai sekarang aku tak boleh hilangkan perasaan tu. Betul kah...orang yang tak baik akan kekal tak baik? Atau orang yang baik akan sentiasa kekal baik? Apa jaminan nya?
Secara jujurnya aku katakan...aku 'sayang' dengan perhubungan aku yg dlu dgn A. Sebabnya, itu cinta aku yg aku rasa datang tanpa halangan...datang dari rasa ikhlas aku..dan kehadirannya dalam hidup aku diraikan oleh semua . Kalau aku katakan pada dia yg aku betul2 sayang dengan nya sekarang pun, dia takkan percaya. Aku tau tu...dia asik memikirkan kisah cinta aku yang dulu2. Dia tak tau, dia tak rasa apa yg aku alami dulu. Sebab itu dia masih kata aku sayangkan org lain lebih dari dia. Takpela....biar aku sorang je tau apa yg aku rasa sekarang. Hati manusia tak boleh dipaksa2, cepat berubah. Sekarang, macam mana aku nak lupakan dia, sebagaimana dia melupakan aku? Di saat hati aku berbunga2 mencari bahagia, tiba2 dengan sekelip mata kisah silam yang tak berkaitan pon boleh merampas rasa cinta dia. Aku kene tune semula...kene buang rasa sayang tu sikit demi sikit. Aku selalu kata aku mampu tapi hakikatnya bila balik rumah...aku ternampak 'si itik' ...buku2 pemberian nya, aku rasa sedih semula...aku rasa sangat2 down........apatah lagi dengan buku nya bertajuk "suami isteri soleh" ...aku rasa aku ni bukan perempuan solehah..sebab tu tak layak dengan lelaki macam dia. Arghhh........aku boleh giler kalau mcm ni selalu..apa pun semuanya aku mohon dari yang Maha Esa, aku mohon.....bagi ketenangan, kegembiraan, jodoh yang baik. Sesekali berdoa, terselit juga rasa....aku nak dia tau yang aku tak pernah curang selama aku bersama dengannya.
Anyway..life goes on...aku kene teruskan jugak hidup. Cuma semua ni amik masa, terutamanya nak kumpul kan semangat balik....nak pantas mcm dlu...aku akan teruskan berjuang untuk cita2 yang baru!
1 comment:
akak minggu ni kita g sini lagi..so leh tenang2kan fikiran kita yg berserabut tue kan..jgn lp kita kan nk main aktiviti air..hehe :)
Post a Comment