Saturday, November 10, 2007

Hari ini, 10/11/2007 seperti yang aku jangkakan....dia memutuskan untuk berpisah. Ikatan pertunangan yang baru terjalin ..tak sampai 3 bulan umurnya, putus begitu sahaja dengan meletakkan aku sebagai punca segala-galanya.
Kepercayaan nya terhadap aku lenyap macam tu saja, bagaikan dia tidak pernah mengenal aku, tak menyelam isi hati aku selama mana aku menyelam isi hati dan sikapnya sepanjang kami bersama. Semuanya kerana sejarah masa silam aku....kisah silam....aku yg dari dulunya hormat kan dia, yakin padanya bahawa dia akan memberikan aku hidup yang baru. Aku memutuskan untuk bertunang bila aku rasakan secukup2nya yakin bahawa dia menerima aku seadanya. Tapi hari ini..hanya kerana kisah silam aku diungkit2....secara tak langsung menyatakan aku penipu....tidak menceritakan kisah2 cinta aku yg lepas2 pada..membuatkan dia naik angin. Perlu kah aku nak menceritakan..mengenang kembali kisah2 silam aku yg sudah semestinya aku sendri rasa sakit untuk mengenangnya? Adil kah?
Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan sebaliknya....
Ungkapan ini seringkali menghantui fikiran aku.....aku sangka dia menerima aku seadanya, tapi bila ungkapan ini dinyatakan padaku...memang ternyata aku perempuan tidak baik, dia lelaki baik...seharusnya mendapat perempuan yang baik. Tak seperti aku...aku jahat..maka dia tak sesuai untuk aku. Tapi sebenarnya aku yang silap...silap menilai dirinya sejak kami berkawan. Aku lihat dia yang berpengetahuan agama yang tinggi dari aku...maka aku rasa dia boleh membimbing aku, menerima aku seadanya tapi rupanya perasaan CEMBURUNYA yang MAHA HEBAT...tapi dia lupa..dugaan yg datang ini adalah dari ALLAH. Kenapa dia tak berusaha untuk memperbaiki, berbincang dan memahami aku sebagaimana aku sentiasa berusaha dan berkorban untuk dirinya??? Aku korbankan masa depan aku....aku korbankan kasih sayang aku...tapi tu semua tak cukup bagi dirinya. Dia mahukan seorang perempuan yg sempurna, tiada cacat cela, tiada dosa, tiada aib.

Ya Allah, kuatkan semangat aku untuk menghadapi hari2 yang akan mendatang. Aku yakin ada hikmah disebalik sesuatu kejadian. Aku tau..iman aku tidak sekuat mana, cuma aku harapkan Allah meringankan bebanan yang aku hadapi. Kawan2...doakan aku jumpa bahagia semula.

3 comments:

Anonymous said...

Lelaki ini ialah lelaki yang tak layak utk di jadikan suami utk mana2 perempuan pun..berfikiran cetek, sempit dan ortodok..

fizz said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

dun wori akak, u'll find ur own happiness, akak perempuan yg baik, i know u dear, lelaki yg baik dia xkan buat begini, ingat ini adaLah satu dugaan dari-Nya untuk kita insan yg lemah ini..be strong k, say more prayer, and leave eeverything to Allah..