Keje versus Jalan-Jalan. Ahad lepas, aku dan rakan-rakan sepejabat bergegas ke Terengganu. Isnin tu kami ada bengkel selama 3 hari 2 malam. Cuma kami sampai lebih awal...bermalam disitu lebih awal. Sepanjang bengkel, biasalah....kalau dah mula seawal pagi, kemudian petang tu break sekejap dan akan bersambung hingga ke malam. Kalau ikutkan, memang masa tu penuh diisi dengan aktiviti bengkel. Bila waktu pagi tu, mengantuknya bukan main. Tapi, masa penuh macam tu pun, aku dengan rakan-rakan yang lain sempat juga meninjau-ninjau kawasan yang kami menginap tu. Ikutkan tempat tu memeang cantik, ada pantai yang bersih terjaga, ada banyak kemudahan untuk pengunjung. Aku tak melepaskan peluang berjalan-jalan di situ selepas pukul 5 petang. Nasib la ni ke sana dengan tujuan kerja...kalau tak, lama dah aku mandi laut ke....mandi kat swimming pool ke....Apa pun pengalaman kat sana sangat menarik...tak dapat nak diceritakan....cuma boleh digambarkan dengan beberapa gambar yang aku amik ni..





No comments:
Post a Comment