Monday, December 18, 2006

Hujan...kat tempat aku ni dah mula musim hujan. Seronok, sejuk je ....hari minggu bangun lambat...susah nak dapat suasana dingin macam ni. Sejak kelmarin lagi dah mula hujan berpanjangan. Berhenti setakat sejam 2, pastu sambung balik. Hari ni lebat nampaknya....
Bagi beberapa hari yang lepas, banyak perkara yang aku boleh cerita kan di sini. Yang pertamanya..mengenai peningkatan berat badan. Sejak balik dari Terengganu, perkara utama yang aku nak buat sangat2 ialah timbang berat. Huh....kali ni melonjak naik sampai aku pun naik takut tengoknya. rekod tertinggi pernah aku catat kali ni. Bila pikir balik, masa ni dlm perut aku ada macam2 benda.....yang tak terproses, akibat berbengkel di hotel aritu. Penangan nya sekarang...aku nekad la kali ni...memang kene exsercise. Tak boleh nak ngelat2 dah. Hari Sabtu, aku bersemangat nak berjoging...joging kat taman...lama tak pegi taman tu...bersebelahan dengan pantai...kat situ redup, angin banyak...berteman kan sorang member...kitorang pun start joging....seronok...tp seronok tu tak sampai ke petang...tiba-tiba kasut yang aku pakai tu...terkoyak tapaknya...sedihnya...sedih sangat2....ni la dia punca-punca yang mematahkan semangat aku nak kurus! Tapak kasut tu tanggal...maka...aku balik ke kereta dengan sebelah kaki takde tapak. Marah betul...
Itu cerita sedih petang hari...sebenarnya pagi hari Sabtu lagi aku dapat cerita sedih. Yuran kelas gitar aku dinaikkan lagi....dengan alasan..aku dah masuk level lain....dan ada satu lagi alasan yg aku rasa...kelakar pun ada..cam ntah apa-apa pun ada...ialah...sebab aku dah tukar buku...buku music yg aku pakai ni adalah berasaskan kompeni tu punye sumber....even aku tak amik course yg ada test, tp masih di charge mcm student yg amik course tu ....lagi satu sebab aku kene bayar sket untuk loyalti kepada company music ni kerana menggunakan lagu-lagunya....ada ke patut! Aku dah semakin miskin ni.....kalau tiap2 kali tukar buku...time tu bertambah yuran...tak sampai hujung tahun aku dah berenti. Tapi aku sayang.....kalau boleh aku nak habiskan sampai part solo....
Itu dua cerita sedih hujung minggu....cerita hari ni plak...debaran...sebab..Nurul...sedang dalam debaran nak menunggu kelahiran cahayamata yang pertama. Pg td katanya dah ada bukaan 1 cm..aku pun nampak dia dah lemah sket ...maybe tak dpt tido lena malam tadi. Apa pun, marilah kita doakan supaya Nurul selamat melahirkan anak yang sihat...dah semoga dia mendapat kekuatan untuk melahirkan. Amin.

No comments: