Tuesday, November 06, 2007



Sekian lama aku tak update, tergerak nak update.....nak luahkan sesuatu. Tapi tak tau macammana nak luahkan...maka cara lain nya..aku luahkan dengan dua kisah yang aku ambil sebagai pengajaran. Dipetik dari buku Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia. (oleh Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni). Buku ni dah lama aku beli, tapi tak sempat nak baca samapi habis. Baru setakat baca bahagian depan. Disebabkan kesibukan dan bermacam aktiviti...aku hampir terlupa dengan buku ni dan juga kesedihan. Aku beli kerana pernah lalui kesedihan...dengan harapan buku ni dapat memberi manfaat disaat2 aku kecewa. Tapi aku terlupa nak habiskan baca...kerana aku rasa waktu itu aku dah boleh atasi kesedihan aku. Rupanya aku silap.....Allah sentiasa menduga umatnya...mungkin aku terleka...dan disebabkan itu aku sedih sekali lagi. Di saat aku tercari2 semangat yang hilang...aku baru teringat buku ni...dan aku baca sampai habis. Barula aku jumpa sesuatu.....................





Kisah 1


Seorang wanita mengadu kepada ayahnya sambil mengangis: "Wahai ayahku, antara aku dan suamiku ada masalah kelmarin. Dia marah kerana sebuah ucapan yang keluar dari mulutku. Ketika aku menegtahui kemarahannya, aku menyesali apa yg aku buat dan meminta maaf kepadanya. Dia tidak mahu berbicara denganku dan memalingkan wajahnya dariku. Kemudia aku terus berada didepannya hingga ia tertawa dan kembali menerima ku. Sebelumnya aku sangat takut kepada tuhanku bila Dia menghukum ku atas saat2 di mana aku telah membuat darahnya membara-ketika dia marah."


Ayahnya berkata kepadanya:"Wahai anakku sayang, demi Tuhan yang diriku berada dlm genggaman kekuasaanNya, sekiranya engkau mati sebelum suamimu memaafkanmu, tentulah aku pun tidak redha kepadamu. Tahukah engkau bahawa siapa pun wanita bila suaminya marah kepadanya, maka dia adalah wanita yang terkutuk sebagaimana tersebut di dalam kitab Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran, dan diperkeraskan penderitaannya dlm sakaratulmauy, serta disempitkan kuburnya. Maka berbahagialah wanita yang diredhai oleh suaminya."


Seorang wanita yang soleh akan menjaga agar selalu dicintai suaminya sehingga tidak mengotori keharmonian keluarga mereka. Seorang suami telah memberi nasihat kepada isterinya:





Maafkanlah kesalahanku


nescaya engkau kekalkan cintaku kepada mu


dan janganlah engkau bicara


saat kemarahanku sedang memuncak





jangan sesekali kau kipasi kemarahanku


seperti engkau memukul rebahana


kerana sesungguhnya sengkau tidak mengetahui


bagaimana sikap orang yang tak terkendali





Jangan engkau banyak mengeluh


kerana ia akan mengikis cinta


dan hatiku ini akan berubah menolakmu


kerana tabiat hati itu tidak tetap





Sesungguhnya kulihat cinta dihati ini


bila berpadu dengan rasa benci


dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang....







Kisah 2


Khaizaran adalah seorang hamba wanita yg dibeli oleh Khalifah Al-Mahdi dari suku Nukhas. Khalifah lalu memerdekakan, menikahi, memuliakan, dan merasmikan utk kedua orang tuanya dengan gelaran terhormat. Namun, ketika dia marah, dia berkata kepada Khalifah: " Aku tidak pernah menyaksikan kebaikan sedikit pada dirimu."


Memang sudah merupakan tabiat wanita-kecuali sebahagian kecil dari mereka-melupakan segala kebaikan , ketka suami atau orang lain melakukan kelalaian dan kesalahan padanya. Dalam hadith rasullullah (s.a.w) :


"Wahai kaum wanita, bersedekahla kalian, kerana sesungguhnya aku melihat kalian adalah majoriti penghuni neraka." Mereka bertanya:"Mengapa demikian, wahai rasulullah?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Kerana kalian cepat mengutuk, banyak mencela dan selalu mengingkari kebaikan suami."


Dalam riwayat lain beliau bersabda:


Ketika neraka diperlihatkan kepadaku, ternyata kulihat majoriti penduduknya terdiri dari kaum wanita, kerana sikap buruknya kepada suami dan selalu mengingkari kebaikannya. Seandainya engkau berbuat baik kepada seseorang di antara mereka selama setahun, kemudian dia melihat sesuati yang tidak disukainya darimu, nescaya ia akan mengatakan kepadamu: "Aku belum pernah melihat suatu kebaikan pun pada dirimu."


Oleh kerana itu , apabila seseorang sudah mengetahui watak wanita memang demikian, maka dia tidak akan marah, gelisah dan tidak tegang urat sarafnya kerana ketika wanita mengingkari kebaikannya atau mendakwa dia tidak pernah melihatnya berbuat suatu kebaikan pun, padahal ia telah berbuat banyak kebaikan untuknya.
___________________________________________________________________

Pengajaran dari dua kisah di atas, menunjukkan bahawa sikap lelaki dan perempuan yang sangat berbeza dalam komunikasi. Bak kata pepatah mat saleh "Men from Mars, Women from Venus". Dari kisah ni aku pelajari sikap aku sendiri....(mungkin juga wanita-wanita lain diluar sana) dan juga sikap lelaki....Bila perasaan marah menguasai diri, perempuan lebih suka berkata-kata untuk menyakitkan hati dan lelaki lebih suka mendiamkan diri...memendam perasaan. Semakin didiamkan...semakin menjadi kata-kata yang dikeluarkan....hakikatnya dihati masih sayang, masih cinta.....cuma geram. Baru sekarang aku faham...faham untuk berkomunikasi...tapi tak pasti, adakah peluang lagi..atau dibiar begitu saja.

No comments: