Aku dapat mesej ni malam tadi...."Orang dapat 5C" .Anak sedara aku hantar sms tu. Semalam result UPSR dah keluar. Terkedu jugak aku masa membacanya, takkan itu aje dia dapat. Rupa-rupanya dia nak wat suprise la....lepas dari tu baru dia kata dapat 5A. Baru lega....n happy. Aku usik dia..."yeke? Mana bukti?" . Dia jawab...."Nak tengok bukti, kene balik dulu la.....". Heh..dia nak aku balik..mesti nak pow something tuh! Takpe...budak-budak zaman sekarang bila dah berjaya buat sesuatu dengan baik, kita sebagai 'orang tua' kene la bagi ganjaran sikit.....dengan harapan supaya semangat dia terus berapi-api!.
Lepas tu baru aku call kampung, saje nak dengar dari mulut dia sendiri. Dengar dari jauh...memang excited budak tu. Bila aku tanya nak hadiah apa....dia kata tak tau nak apa. Ceh!! Sampai pening nak pikir nak hadiah apa. Padahal dia dah siap mintak kat makcik dia yang lagi satu tu, nak MP3 player...cessss....selera bukan main. Zaman aku dulu...nak beli walkman pun diorang dah bebel..hei..budak-budak sekarang....Aku pun tak tau nak belikan apa yang menarik dan berguna untuk dia. At least something yang valuable la....Aku pesan kat mak aku suh buat pulut kuning..heheeh...pulut kuning tu stail zaman akula...tu je la hadiah paling best..pulut kuning + kari ayam. Tak kira la, khatam Al-Quran ke...majlis kesyukuran ke..biasanya mak aku masak tu. Takdenye hadiah2 mcm budak2 sekarang dapat ni. Tengoklah hujung bulan nanti..aku beli la something kat dia.
Pagi-pagi tadi aku dok cari maklumat pasal sekolah berasrama. Anak sedara aku ni dari dulu dah berangan-angan nak sangat masuk asrama. So aku carikan lah borang untuk ke MRSM. Rupanya nak amik borang tu pun kene siapkan semua surat beranak dengan slip periksa yang dah disahkan..huh..leceh la plak. Ingatkan bolehla aku nak nolong budak ni amikkan..sebab dorang duk kampung. Nak keluar gi amik borang ni dah le jauh...Kalau setakat naik bas 15 min bleh sampai takpe..tapi nih bleh dekat 1 jam sampai. Nak tak nak terpaksala diaorang uruskan sendiri sebab aku kat sini pun takde semua bende2 yg nak di hantarnya.
Akhirnya dapat gak dia merasa 5A.....ni tengah kembang kempis la agak nya dia kat kampung...apapun...Congratulation!
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment