Aku ada dua cerita untuk hari ini. Aku mulakan cerita yang menyakitkan hati. Hari ini sebenarnya student aku exam. Nak dijadikan cerita, pagi ni dalam pukul 9 lebih aku pun buat round, dengan harapan segalanya berjalan lancar. Takde lagi kesilapan pada kertas soalan dan sebagainya. Tapi malangnya, jangkaan aku meleset sebab keperluan untuk menjawab peperiksaan tidak mencukupi...iaitu kertas graf! Benda ni aku dah nyatakan awal-awal lagi..dalam sistem. Masa mula-mula subjek ini diset-up. Sampai orang yang incharge bahagian ni hantar memo suh semua pengajar ni alert....set kan ....kalau tak set....susah...dorang takmo buat apa2 untuk subjek yang diajar. Itu kan cara ala2 ugut....mengugut supaya kita ikut cara kerja dia. Aku set! Aku set! dekat sistem tu ada check box, so kita tick situ.......tapi...alih2 dorang yang tak alert. Ni dah buat kerja 2 3 kali...Yang menghanginkan ......memang ini sikap kerja diorang.. suka mengarah..tapi tak laksanakan apa yg dibuat. Aku memang pemarah orang nya...tapi aku takmo nak marah2....kalau ini bukan pejabat....lama dah aku maki. Tapi itukan tak baik...aku baru la berniat nak jd org baik masa Ramadan aritu...tp perangai buruk aku jadi balik :P Aku bukan nak memburukkan sesiapa, tapi kalau ini dah menjadi rutin dan mereka-mereka itu masih perangai macam ni, sampai bila tak maju, sampai bila orang akan menyampah. Buat kerja sambil lewa....dia tak tau...exam ni penting, nak tentukan untung nasib seseorang pelajar. Macam tu lah.....kalau kerja setakat nak susun-susun kertas, nak bahagi-bahagi kertas...tapi masih buat sambil lewa..sedangkan tak pening pun kepala nak wat kerja mcm tu.
Okey...geram aku takat tu je. Aku takmo bawak meleret2. Nak sambung cerita kedua. Malam tadi kakak aku call...kata dia ada kerja kat area2 aku ni...ada kursus. Nak tumpang tido kat umah. Ahad ni dia datang....naik bas..aku jemput kat bustand lah. Anak-anak dia tinggal sebab sekolah. Maknanya esok aku kene kemas rumah.....sekarang ni berlambak baju tak lipat, baju tak basuh...dah 4 hari tak sapu bilik...rumah bersepah. Hei..kene jaga gak...kang membebel pulak dia. Aku kene gi beli barang-barang dapur gak...yang utama nya lauk. Takkan la aku nak jamu dia bende yang aku makan remeh2 tiap-tiap hari? Dan..aku kene sorokkan teddy bear aku yg besau tu kat bilik Fiz....malu lak kalau akak aku tengok..Pil kurus pun kene sorok2 gak...mampuih aku kalau dia tau aku makan bende2 gitu. Gitar pun kene sorokkan jugak...banyak nak prepare ni. hari isnin nanti aku kene pi hantar dia and jemput balik. Masalahnya tempat keje aku dengan tempat kursus dia tu arah yang berbeza...aku dah kata, bawak je keta aku tapi dia takmo..tak tau jalan. Aku nak tunjuk jalan dulu...kalau dia berani ok la.
Weekend ni ada open house. Aku tak penah gi open house mana-mana rumah pun. So dorang ajak pi, rumah staf sini. Aku kenai la..tak tau nak gi ke tak..Segan la..kalau korang gi tak? Mesti pegi kan...makan free sapa tak nak...Tengokla keadaan dlu cemana. Okey la..dah lewat ni aku nak buat keje plak.
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment