Monday, October 09, 2006

Pagi Isnin yang tak ceria... esok cuti, so dah set mind ni rasa malas-malas, nak sambung tidur. Rasanya weekend punye rehat tak mencukupi lah...hari Sabtu hari tu agak rush jugak la..bangun pagi sebab nak teman along tunggu bas, pastu terus gi kelas gitar....tengahari tu janji dengan haousemate nak berjalan-jalan kat bandar.Sampai petang, ingat nak stay kat bandar sampai maghrib, nak berbuka puasa. Housemate belanja makan sempena birthday dia. Terbalik pulak...patut kita yg bagi present kat dia, ni kita pau dia plak. Makan best lak tu....Petang semalam tu melepek je kat rumah. Tengahari baru bangun, bantai qada tidur mana yang kurang. Akibatnya a whole day jadi malas. Tengok tv, marking sket labsheet student, pastu...petang nya masak pulak. Petang tu makan busat....heheh..taklah besar mana...kira special la sket...kalau tak hari-hari makan nasi dengan ayam segera goreng, tapi semalam masak ikan asam pedas. Bukan senang nak memasak beriya macam ni. Ni pun siap gi beli blender kat bandar. Nak blend cili kering susah. Nak guna cili boh...kurang sedap rasanya. Nak tak nak kene beli gak blender tu. Penat ngorat apek yang jual tu..dapat diskaun RM10 je....kedekut betul....
So, esok kita akan menyambut Nuzul Al-Quran. Aku tak sabar rasanya nak tunggu sampai esok...

No comments: