Wednesday, October 04, 2006

Good morning! Pagi ni sebelum mulakan kerja aku nak blog dulu. Kalau tak nanti tak sempat langsung nak buat. Sepanjang bulan puasa yang mulia ni, aktiviti aku pun agak terbatas sikit. Waktu siang bekerja, bila malam.....heheeh...tidur awal. Untuk beberapa hari yang pertama puasa...pukul 9 malam tu aku takleh nak berjaga lagi dah. Letih+ngantuk+kenyang. So malam tu memang awal la tidur nya. Tapi lately ni, dah rasa biasa..paling lewat pun 12.30 malam aku boleh bertahan lagi. Sekarang ni aku tengah nak habiskan silibus mengajar. Ada lagi 3 chapter yang tak disentuh langsung...dan masa mengajar cuma tinggal beberapa jam sahaja. Tak tau aku macammana cara mengajar terpantas dan yang berkesan aku bleh buat dalam masa ni. Sem ni agak mencabar sebab aku mengajar first year student....agak lemah...jika nak dibandingkan dengan student aku yang lama-lama dulu. So, kene bagi extra perhatian....kesian pulak kat diorang ni. Next sem aku takmo la ajar first year student ni..seksa.
Every week aku kene siakan assignment guitar aku. Kelas gitar aku hari Sabtu, selalunya, Khamis malam Jumaat tu baru aku terhegeh-hegeh nak siapkan. kalau tak siap..malu la aku kat cikgu tu. Sekarang ni aku dah masuk stage buat chord dengan mendengar lagu. Huh....susah...susah sampai kadang-kadang aku terpikir...apsal la dulu gatal-gatal nak join guitar class ni...dah la mencabar fizikal (coz jari aku keras lagi time tu) serta mental.....(bila dah sampai stage ni). Padan muka aku. Tapi sebenarnya masa ni la nak belajar betul-betul. Part ni susah sebab aku kene dengar betul-betul lagu tu dinyanyikan dalam key apa, dan aku kene tau chord apa yg sesuai. Nak tau chord seketul-seketul tu yang seksa...aku mesti terjumpa chord sampai 2,3 yang sesuai. Tapi kene bijak pilih...mana yang best didengar. Aku tak tau la..telinga aku yg something wrong ke..atau aku ni tak reti-reti lagi.
Satu lagi masalah aku dalam kelas ni, cikgu tu bagitau aku yang suara aku sendiri selalu tukar key.....senang kata lari "pitching lari" la....ataupun...dengan kata kasarnya..tak reti nyanyi..hahaah. Takdela..actually dia kata kenapa aku selalu lari pitch bila nyanyi sebab range suara aku kecik..bukan la macam syafinas tu ke...siti nurhaliza ke....Of course la..aku bukan minat nyanyi pun, tapi minat nak main gitar. Tapi sebnarnya 2 benda ni (nyanyi +main gitar) memang tak boleh nak dipisahkan sebab, nyanyi tu adalah melodi yang asas sekali untuk kita nak belajar main gitar. So nak tak nak aku pun sekarang sibuk mencari lirik-lirik lagu yang best. Aku akan cari lagu yang simple untuk dinyayikan dan mudah nak plucking gitar tu. Sekarang ni..aku baru settle lagu Tears In Heaven..dan yang sedang dalam pembikinan.. Miss U Like Crazy. dah siap nanti aku try letak dalam blog ni...ok...masa dah cukup..aku kene nak buat keje..sambung lain kali....

No comments: