Tuesday, September 26, 2006

Hari ke-3 berpuasa, masih bertahan lagi untuk menjalankan tugas harian. Cuma after lecture, terasa betapa keringnya tekak ni...Bulan puasa ni nak cakap banyak-banyak susah. Student pun lembik aje. Bila bagi lecture banyak-banyak...ramai yang tido.
Berbuka puasa semalam aku dgn housemate masak sendiri. Masak sendiri ni lebih puas hati dan jimat. Petang kelmarin, aku try beli makanan kat pasar ramadhan. Tak la menarik sangat dan mahal. Aku rasa org yang berniaga tu ramai orang peniaga segera yang tumbuh macam cendawan musim puasa ni. So kualiti makanan tak tip top. Sebab itu semalam aku masak sendiri. Bukan sedap sgt pun masak...simple-simple je. Goreng chicken drummet segera, hati ayam masak kicap dan ikan pekasam goreng. Kalau orang dah biasa makan sedap ari-ari mesti tak lalu makan macam tu...very simple. Tapi orang macam aku ni..belasah je..janji kenyang. Bila mula puasa ni..mengantuk pun cepat. Dah dua malam tido awal..so, kerja nak bagi lecture untuk hari ni pun tak siap lagi. Aku nak siapkan la dulu..kejap lagi nak pergi ke kelas....

No comments: