Untuk sekian kali nya, aku taip blog lagi. Kali ni aku cuma nak nyatakan yang aku sangat sedih dengan evironment tempat keje aku...tak pernah aku rasa sedih macam ni, dah lama...sejak cerita malang aku yang lepas-lepas. Kali ni aku rasa di diskriminasi kan. Aku tengok dalam jadual mengajar semester akan datang, aku dapat 3 subjek. 2 subjek baru. Aku sorang je tiga. Yang lain semua maksimum dua..dan ada yang satu. Apa kelebihan diorang? Jawatan? Jawatan tu pun ber elaun tapi kerja hakiki tetap minimum. Kenapa aku dipilih untuk pegang tiga? Ikutkan load setiap subjek sama je semua. Adakah sebab aku tak kawen maka mereka beranggapan aku boleh spend masa aku sepenuhnya kat pejabat?? Aku takde life lain selalin kerja? Ye la..dorang kene balik..main dengan anak-anak. Aku takde anak...anak tekak adalah. Tapi aku ada life aku sendri..aktiviti aku sendiri. Aku tak pernah jumpa orang-orang yang macam ni..yang sering mengatakan atau beranggapan "orang bujang tu senang". Orang bujang tetap ada tanggungjawab ...walaupun bukan terhadap anak atau suami, atau isteri..tapi pada ibu bapa..adik beradik. Susah senang keluarga sendiri..adakah mereka tau? Masalah peribadi , ada mereka tau? Mesti lah tak..
Diskriminasi...aku kat sini dengan set-set bujang yg lain..mesti dapat subjek saki baki orang...subjek yg tak power la orang kata. Aku perasan sejak awal aku mula kerja. Dah 3 semester aku ajar..aku tengok..mereka yg "bagus2" je dapat subjek yang menarik. Aku dulu cuba bersihkan ati, tak nak pikir bukan-bukan..jadi aku terima. Tapi bila sampai tahap ni..berturut-turut aku jugak yang kena..memang aku marah!!! Semester lepas aku kene kelas malam. Bayangkan betapa payah nya nak ajar dengan kita sendiri yang dah letih..student yang penat. Sistem kat sini plak mesti hadir waktu pagi. Kalau aku ada kelas malam bukannya aku bleh datang malam je atau petang..sekurang-kurang pukul 9 pagi aku datang. Kelas aku tamat pukul 10 malam. Aku letih tau tak..
Nampaknya tak lama aku kat sini...aku dah tak tahan..
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment