Saturday, June 25, 2005

Hari ni hari terakhir Sabtu berkerja. Aku datang dengan baju batik (uniform hari Sabtu). Aku jarang pakai, selalunya aku malas, sebab kerja separuh hari. Tapi disebabkan hari ni adalah yg kali terakhir, aku pakai, nak raikan nye. Yeyeye..lepas ni takde dah giler2 nak gosok baju batik yg berkedut2 seribu nih..
Aku dah dapat jadual semester akan datang ni. Dahsat betul...ada 3 hari kelas aku dari pukul 8 malam samapai 10 malam. Hampeh..memang hampeh. Aku tengok jadual orang lain semua best2..mentanglah aku orang baru..tak kawen lagi..sukati mak bapak dorang je nak letak aku kelas malam2...dorang ingat aku takde life sendiri ke malam2...takpe kali ni aku kasi can. Kalau niat dorang tu baik sebab alasan takde kelas yg cukup, aku terima..tapi kalau sebab aku orang bujang, kiranya hidup sorang2..takde famili, so takde masa untuk famili..dorang letak aku kat kelas malam tu...memang cipan anak garuda lah dorang!!
Sejak aku tak tulis blog dari hari tu, macam2 hal lah kat sini. Aku pun mula macam dah bosan dengan suasana kerja kat sini yang tak memberangsangkan..cakap lebih dari buat.Kalau setakat duduk dengan kengkawan yang senasib dengan aku kat sini...aku enjoy. Bila masing2 buat kerhja masing2..ada masalah sama-sama tolong. Tapi bila
dapat tugasan supaya buat kerja dengan orang ni..orang tu...aku dah mula bosan..kalau yg agak evergreen tu..dia anggap diri dia..dah masuk kalangan warga emas (walaupun hakikatnya dia tu muda,sehat)..so...boleh dapat pengecualian daripada terlibat dgn tugasan2. Uiiihh...bapak,bapuk punye melampau!Macam ni ke caranya nak tunjuk pada generasi baru macam aku nih? Muak aku nengok!
Takpe..tu baru satu gelagat...mesti ada yang akan menyusul lepas ni.
ok lah..aku cuma nak lepas geram je pepagi ni. Ok, dah lega..bleh sambung wat keje.

No comments: