Sunyi. Takde orang hari ni. Semua orang dah balik, mostly diorang ada kursus petang ni kat C'ting, 2 minggu. Fuz & Ema pun baru je balik. Orang kat bilik depan pun dah takde. Tinggal aku sorang. Aku dah pening baca buku fizik ni...dah tinggal chapter yg last, rasa serabut. Nak recall balik yg aku belajar dulu2 tu langsung tak boleh. Ni momentum, angular momentum dan bla..bla..bla..ishhh..Ingat nak gi library,pinjam buku yg Dan suggest tu. Buku tu bagus sbb dia ada buat e-learning kat website. Kat website tu ada active figure, macam animation. So, senang nak imagine, dan nak explain. Memudahkan kerja, tak payah la aku nak lukis2 kat dalam nota. Tapi masalahnya, kene refer kat buku tu baru boleh paham apa yg figure tu tunjuk.
Ingatkan nak siapkan hari ni jugak, memandangkan esok dah Jumaat, aku nak cari soalan2 utk chapter 1 & 2. Tapi macam tak sempat, sebab sekarang pun dah petang..nak balik awal,nak cari makan... lapar(grr..grr..grr). Malam ni ada explorace plak, kene tengok..sebab malam ni final. Fuz dah pesan suh record (record la macammana pun asalkan dia pun macam tengok)sbb dorang start kursus malam ni heheheh.
Semalam aku baca satu artikel ni dalam majalah Newsweek, kat Jepun sekarang tengah glamer buku yg ditulis daripada blog. Maksud aku, blog yg dibukukan. Nak buat buku tu pun kira senang aje, copy, paste dan print.Tak payah susah2 nak edit. Kalau kat malaysia ni mungkin dah ada..tapi tak diwar-war kan..contoh mcm yg Mat Jan buat.Kat Jepun memang laris lah buku2 macam tu. Salah satu tajuk buku yg tengah top..aku tak ingat tajuknya tapi lebih kurang tentang isteri yg ada affair dgn org lain dan sebagainyalah..kiranya tu macam True Story lah. Hisshh...kalau lah satu hari nanti orang kat malaysia dah tukar minat membaca novel kepada membaca buku+blog ni..mesti penulis2 ni marah..yelah..diorang punye berusaha nak siapkan satu novel dekat bertahun, sedangkan blogger boleh buat buku dengan hanya copy, paste, print. Semua ni terpulang pada individu...aku pun dulu minat sangat baca novel, tapi sekarang ni aku dah jarang sangat baca novel sebab tak cukup masa nak baca (novel pun tebal2 sekarangg ni). Aku lebih suka baca blog orang...sebab dapat tengok cemana life org lain..daripada life blogger yg takde kerja sampailah dah keje,kawen,berharta....blogger yg life nya penuh masalah,happy...dan sebagainya. Aku? tak tau nak kata...banyak hal BOSAN daripada yg menarik. Kalau diberi peluang untuk aku buku kan blog aku ni...aku takkan buat.Blog ni sekadar utk aku kenang peristiwa yg mungkin aku dah tak ingat suatu hari nanti.
Student life BW
12 years ago
No comments:
Post a Comment