Baru balik dari library. Dapatlah pinjam beberapa buah buku. Nak buat rujukan untuk semester depan. Aku kene ajar subjek paling basic untuk semester pendek. Masalhnya, aku sudah luperr...susah pulak rasanya nak recall. Itulah sebabnya aku mengunjungi library. Sekarang musim peksa, student tak ramai. Sambil2 tu aku pinjamlah buku2 lain..heheh..nak mulakan balik tabiat membaca. Sejak buat master, dah lama tak baca2 buku2 bukan ilmiah..so, tak tau nak baca apa..last2 aku pinjam satu buku yg tajuknya "Himpunan Kisah-Kisah Wanita Yg Dicintai Allah". Hheheh..tak tau la habis baca ke tidak nanti. Saje pinjam, sebab bosan kat rumah tak buat apa2. Sekarang ni pun aku tengah baca satu buku yg aku beli lastweek.."Cerita-cerita pendek untuk motivasi jiwa"..lebih kurang la mcm tu bunyinya. Okla buku tu menarik. Sampai sekarang tak abis baca lagi, bukan tebal pun...masalahnya selalu terlelap bila membacanya.
Malam ni aku plan nak ke pekan yg terdekat, nak kuarkan duit, nak isi minyak keta, pastu nak beli keropok lekor...buah tangan utk mak aku..hehee..esok aku nak balik. Kenalah bawak buah tangan...Aku ada baca dalam buku motivasi tu..katanya, ahli keluarga adalah orang yang terdekat, dan teryang penting. Jadi, salah satu adab dalam Islam yang paling mudah nak buat adalah dengan sedekah kan buah tangan bila keluar ke mana2, atau berjalan atau balik kg. Ini kerana, buah tangan tersebut sekurang2nya dapat menggembirakan suasana keluarga tersebut. Disamping itu dapatlah pahala...heheehh..mak aku mesti best kalau aku bawak keropok macam2...sini aku tengok, banyak jenis keropok kering. Tapi anak2 sedara aku kat rumah, mesti tak berapa syok, sbb dorg lebih suka junk food, cokelat, gugula...mende tu bukan mengenyangkan.
Sebenarnya, aku berdebar nak balik esok, sbb aku tak penah lalu highway baru ni. Masa mula2 datang aku ikut jalan lama. Kalau esok nak ikut jalan lama, mungkin lewat la sampai rumah. lagipun banyak lori. Apapun, aku nak balik kg jugak esok, semoga aku selamat sampai.
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment