Tuesday, January 04, 2005

Jumaat malam, Sabtu , Ahad dan Isnin pagi, aku berada di Ipoh, rumah Azno. Een pun ada sekali. Family Azno buat kenduri doa selamat untuk abg long nya yg akan ke Mekah, serta doa selamat sempena rumah baru. Kenduri tu hari Ahad tengahari, tetamu datang baca surah Yasin, lepas tu makan2. Kenduri biasa saja, makanan pun sedap. Semuanya katering, so kitorang memang relaks giler la...sampai tertido2 sebab tak tau nak buat apa. Kat rumah orang, so tak sama macam rumah sendiri. Kalau kenduri kat kampung aku, dari Ahad pagi tu mesti dah sibuk kupas bawang, kentang, potong sayur, cili, goreng ayam, kisar bawang, halia, cili dan sebagainya. Lepas Zohor plak sibuk masak2...bila dah petang, sibuk bungkus2 kan makanan utk di beri pada saudara dan jiran2. Malam pulak, prepare utk hidang makanan pada tetamu. Kalau kampung aku, yg dapat makan special (dalam dulang atau orang Jawa panggil Ambang) cuma untuk orang lelaki yang baca tahlih. Orang perempuan makan kat dapur atau bahagian dalam rumah, kami hidang dalam pinggan..amik2 sendri je. So masa kat Ipoh tu memang kitorang tak lah membantu apa2, tolong makan aje heheheh.Ada ayam goreng rempah2, rendang daging minang,acar,kari sayur, ikan bawal sambal dan buah-buahan.Yang kelakarnya, baju aku dengan Azno pun sama kaler dengan budak2 katering tuh..Seronok la jugak, dapat tengok kenduri kat rumah orang. Suasana nya memang lain. Boleh kata kitorg datang memang utk makan.
Pagi semalam baru kitorang balik PB. Ikutkan nak balik petang Ahad lepas kenduri, tapi masing2 da tak larat, sampai tertido2...aku pun tak tau, sebab apa mengantuk sangat2..letih2 semacam, padahal tak buat kerja pun. Tapi rasanye la..rumah Azno tu nyaman betul, dengan cuaca yg redup, ada angin sepoi2...huh...tu la faktor kitorang ngantuk giler. Anyway, thanks to Azno...and also to her family :)

No comments: