Dah penghujung tahun 2004 rupanya. Pejam celik, pejam celik dah setahun berlalu. Terasa sekejap saje. Sepanjang tahun ni, banyak peristiwa yang terjadi...aku juga turut bersimpati kepada mangsa korban ombak besar TSUNAMI. Suatu yg amat mengejutkan bagi rakyat Malaysia...yg jauh dari gunung berapi, serta bencana-bencana besar, tidak seperti negara-negara lain. Tapi kita tak boleh menjangka..semua yg terjadi ni adalah ketentuan Ilahi. Seharusnya kita perlu banyak bersabar serta mengambil iktibar dari apa yg telah terjadi. Mudah-mudahan kita dapat memulakan hidup baru dengan azam baru pada tahun depan (yakni esok!). Begitu juga dengan perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2004, banyak juga yg telah aku tempuh, ada yg berjaya, ada yg gagal....namun aku bersyukur kerana masih mampu berdiri di sini untuk menempuh hari akan datang...2005. Takut juga mengenangkan kalendar lama dah berganti baru ni..yela, umur semakin meningkat, sikap lama masih tak berubah,orang lain pun yg sorang dah berdua, aku masih takde peningkatan ;p Sedih, takut,semua ada. Gembira pun ada jugak..insyaAllah, pengajian aku kat sini hampir tamat. Segala kerja penulisan sudah selesai, cuma perlu diperbaiki dari masa ke semasa. Tahun depan, tahun yang agak mencabar pada aku, di mana tahun itu lah aku perlu menempuh viva lisan (utk dptkan sekeping sijil sahaja...) dan juga aku akan bekerja di tempat baru. Kerja? Aku masih tak bersedia lagi, tapi kene buat jugak , kalau tak mana nak dpt duit, nak makan, nak bayar kereta, duit mak lagi, baju,prepaid tepon..blablabla....Aku mintak maaf pada sapa2 yg aku kenal, manalah tau ada salah silap aku di sepanjang tahun 2004 ni yg aku sedar dan tak sedar. Doakan aku berjaya menempuh tahun baru yg bakal menjelang....doakan aku bahagia, tak tension2 lagi, tak marah2 lagi, tak mandom2 lagi..So, sempena tahun baru ni..aku nak korang klik sini>> Selamat Tahun Baru supaya korang dpt bergembira meraikannya. Yelah, kan sekarang semua konsert2, countdown dah dibatalkan dan digantikan dengan majlis doa selamat untuk mangsa Tsunami. Bagus jugak dibatalkan..bende gitu bukan berfaedah pun, ngabiskan beras jerr. Lastly, Happy New Year!
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment