>>> Dapat kereta...bukan free tapi beli. Lama tak drive lepas tamat belajar drive last year. Setahun lebih kumpul duit sambil mengikat perut semata-mata benda nan satu ni. Asalnya nak beli masa kerja, tapi terpaksa, tak tahan hari-hari jalan kaki sambil sedut debu+habuk. Bawak dari kampung ke PB sini..berteman Een..kekok, dan tersengguk-sengguk. Alhamdulillah..selamat sampai, melalui 300km lebih. Itu adalah first time aku drive kereta sejak tamat belajar.
>>> Aku masih belom buleh nak submit tesis yang aku dah siapkan separuh. Bab 1 dan 2, dah disemak. Bab 3 dan 4 masih belum disemak walaupon hampir 11/2 bulan aku beri pada supervisor untuk disemak. Sibuk...semua org sibuk sekarang. Yang menyedihkan, result projek aku tak sebaik mana.Maka, aku kene tambah lagi...selesaikan mana yg tak selesai. Ni, dah masuk sebulan aku bikin...tp mcm tu jugak. Patah smgt pon ada. Dah muak sebenarnya tgk data imej aku tuh..naik juling bijik mata. Macam ari ni..aku test-test..tak jd gak..so akhirnya aku tulis blog!
>>> Petama kali drive ke Sbrg Perai..saja jalan2, cari barang...tgk barang dengan Een dan Alqas. Kene hon sentiasa..mati enjin..geram ..takpe takpe. Dah kebal skrg. kalau org hon skrg...aku saja lambat-lambat...padan muka!
**** Nampak tak 'P' yg besar tuh? Tu namanya aku masih dalam percubaan...maka..janganlah hon hon!!****
>>> Baru berapa minggu bawak kereta, aku kene saman. Huh..saman atas kesalahan potong-Q. Masa tu aku gi lunch dengan Alqas dan Paktih. Aku pon tak tau wujudnya kesalahan tu.Memandangkan boleh kata semua keta wat mcm tu. Terpinga-pinga aku masa polis tu kata aku potong-Q.
>>> Pergi bayar saman. Sampai situ aku nak cek berapa harga saman, sbb polis yg menyaman tu tak nak cakap harganya(ada ke macam tu??!). Polis kat kaunter tu semak lama..last2 kata, saman aku masih belum direkodkan. Aik...nampaknya aku ni macam menyerah diri la pulak. Dia soh aku dtg lg minggu depan, atau pergi ibu pejabat Bagan Serai.Banyak cantik muka dia....menyusahkan aku aje. Setakat keje merekod, takkan la berminggu. Tu dah byk sgt la mangsa kononnya.
>>> Labmate nak pindah, Kak Ina dapat kerja baru. Seronok dan sedih. Seronok sbb kwn dpt keje baru, sedih sbb ilang lagi 1 org dlm lab (org sblm ni Alqas). Sorang2 dah habis...aku je penunggu setia kat sini. kak Ina wat jamuan, makan2..lepas kak Zaini plak menjamu mkn sbb dpt keje kat sini. Terharu...(aku yg dpt keje tak jamu pon org lain...malu ek!)
>>> Balik kg, tp naik bas. Tak mampu nak drive..dgn kos yg tinggi..tol+minyak. Mak terkejut tgk aku balik naik bas. Heheheh...dapat 3 surat kat rumah. 1 surat dari finance, 1 surat dari insuran dan 1 surat dari kolej tempat yg bakal aku bekerja nanti. Berdebar masa bukak, tak penah-penah dpt surat. Isinya tentang..kelulusan cuti belajar aku serta pemberitahuan tentang kontrak. Sah, aku kontrak dgn dorg 2 tahun..huh! Bonded lagi....nasib la aku dah agak semua ni. Bukan nak bgtau awal2...mungkin rezeki aku kat situ. Confirm, ujung bulan 12 aku dah kene kerja.
>>> Jumpa kawan skola lama dekat food court Sogo..Tunin. Dia masih cam aku..aku yg susah nak ingat nama betul dia. Tunin nama glamer..nama betul dia, Faniza.Dia kata aku makin rendah. Ye ke? Dia beritahu nak kawen tahun depan. Ramai kawan yg nak kawen...best nyerrr..
>>> Tengok sorang housemate dah berkemas..ada kotak besar2..nak angkut barang..nak pindah. Sedih, akan hilang lagi satu kawan.
>>> Hari ni...Risau..Risau..Risau...Keje tak siap, projek tak menjadi, smgt pon da ilang, tempoh cuti dah nak abis...keje? hmm..tak tau la...beban dah bertambah...kereta, minyak, servis....
No comments:
Post a Comment