Mamai hari ni, sedor-sedor dah Jumaat rupanya. Semalam baru sampai dari Kuantan. Dari sana takde bas direct waktu siang, terpaksa la ambik bas lompat-lompat (istilah bas yg suka berenti-berenti). Kuantan-KL-PB. Penat tu toksah cerita lah...rasa nak tercabut tangan menjinjing beg besar yg berisi baju busuk huarkk....
Aku dah selesai melapor diri, so secara rasminya aku dah kerja. Aku kene hantar surat cuti belajar pada dorang secepat mungkin. Nak dijadikan cerita sebelum ke Kuantan, aku tumpang rumah sepupu kat Cheras. Sempat la jalan-jalan, setakat The Mines dan Putrajaya. Dah cantik Putrajaya sekarang, duduk kat tebing tepi tasik tu waktu senja, sangat syahdu. Ada pulak orang mengaji kat masjid besar tu, dan bergema-gema.....huh, rasa syahdu sungguh. Terasa kerdil je diri ni kat atas bumi.
Isnin, pergi meeting. Ingatkan boleh habis masa tengahari, rupanya meleret sampai petang. Aku dah tak tahan, asik menguap ajer...pulak tu lenguh leher asik pandang kanan-kiri-kanan-kiri (sebab duduk di tgh2, dan orang yg byk bersuara duduk di bhgn paling kanan dan paling kiri). Pukul 3.30 ptg baru habis, itu pon dorang ajak minum petang, aku tak sabor nak balik sebab nak gi bank, nak buat akaun baru. Aku tak tau kat mana yang ada cawangan Maybank, maka target aku time tu gi kat menara Maybank. keluar je dari situ terus tahan teksi pergi ke stesen lrt, dan terus jalan ke menara. sampai kat dlm tu dah pukul 4.15, pak guard tahan tak kasi masuk. Katanya dah tutup. Huh...sedey,....aku kene siapkan sebelum pergi melapor diri. Aku ingat esoknya mesti tak sempat sebab tiket ke Kuantan pukul 9 pg.
Esoknya, 7.30pg aku dah keluar rumah, jem la pulak....sampai stesen komuter dah pukul 8.15, rasanya sempat. Tengok jadual tren 8.20 , tp dah bertukar jadi 8.40 (maknanya takde la tu). Aku dah gelabah, macam tak sempat je. Memang pon, pukul 9 pon tak sampai2 lagi. Terlepas lah bas aku kali ni. Dan hati aku asik menyumpah KTM tu tak henti2.
Sampai KL dah pukul 9.15, aku ternampak ada Maybank dekat2 bus stand Klang tu, singgah sekejap. Aku jumpa sorang kerani perempuan ni, bila aku kata nak buat akaun baru dia tanya, kerja kat mana. Aku bgtau yg aku keje jauh, tapi hometown aku kat sini. Selalu turun sini. Dia tak bagi aku buat akaun situ alasan nya susah nak berurusan dan Maybank dah tak pakai buku akaun, smart card saje. Apa masalah nya? Bukan kah kalau dah guna smart card lagi senang? Mati-matian perempuan tu tak kasi aku buat, heran betul lah. Bara je, rasa macam nak baling dengan beg je. Tak kan la ada orang buat sistem yang menyusahkan? Mesti la menyenangkan ....hei, pejabat pos lagi bagus walaupon tak secanggih bank haprak macam tu. Aku pon blah, meluat tengok pompuan tu.
Sampai Puduraya, terus beli tiket baru. Pokai kali ni, sampai 2 kali beli tiket. dapat tiket 10.30 pg, ada masa lagi so aku pegi ke menara Maybank tu. sampai kat sana, aku terus je isi borang bukak akaun baru. Orang sana takde pulak bising2 pasal aku tak bermastautin kat KL. Tu la, slalunya org yg kecik2 ni la eksen tak bertempat. Kat situ agak sibuk, jd kerani tu tak terlayan aku. Kemuadian dia soh aku amik nombor dan tunggu. Aku dapat nombor 7006, padahal masa tu baru 5XXX. tengok jam dah pukul 10.25, tak sempat ni, nak tak nak aku keluar berlari ke Pudu tukar tiket. Sampai sana orang tu tak bagi....katanya bas nak jalan. Aku berbelah bagi, samaada nak setlekan hari ni atau esok, kalau esok tak sempat sebab waktu melapor diri hanya pagi saja. Maka terpaksa la korbankan duit utk tiket kali ketiga. Huh, aku pegi balik ke bank dan selesaikan semua. Siap je tu, aku tak tau nak kemana. Bas seterusnya pukul 12.30, sedangkan jam masih menunjukkan 10.45 pg. Aku penat, lelah, sakit kaki, sakit hati. Bergenang air mata ....bukan sebab sakit kaki, tapi terpikir kenapa asik terjadi macam2. Kenapa ada saja halangannya. Adakah ini tanda2 yg tak elok utk aku teruskan niat aku kerja kat sana? Sepanjang masa yang ada, aku gunakan utk berpikir. Nak teruskan atau batalkan saja niat aku, aku beritahu Yan, aku dah tawar hati...lagipon aku ada satu lagi bende tak setle. KWSP aku, aku ada masalah dgn akaun KWSP. Aku tak sempat nak pergi. Yan suruh pergi, katanya sempat lagi nak kejar. Aku tak larat dah...penat, aku cuma menangis ...(bukan meraung la, tapi bergenang jer).
Aku pergi gak akhirnya. Rasanya dah banyak aku buat, sayang kalau dibiarkan macam tu. Mungkin ada hikmahnya. Esoknya pg2 lagi aku dah terpacak kat Perkeso dan KWSP. Nasibla org kat sana baik, pg2 lagi dah buat kerja. Tak macam jabatan lain, selagi belum pukul 9, selagi tu makan, minum,makan, minum. Lepas tu aku singgah sarapan sekejap, makan nasi kerabu. Hmmm...jarang2 dapat makan nasik kerabu pagi2, sedap gak. Pukul 9.30 aku dah sampai kat tempat yg aku nak kerja tu. Lega, balik tu sengih ajer.....mulut aku pun mula la becok semula. kalau tak....muncung saje. Lega, semua dah selesai,tapi ada satu lagi yg belum.......projek master arghhhh....bila nak siap ni?
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment