Monday, April 05, 2004

Hujung minggu yang agak menyeronokkan tapi akibatnya hari ini, sakit-sakit bahu, lengan , leher, kaki. Selain dari itu, perkara yg paling menyedihkan ialah sunburn.Huh! Muka yg sediakala kusam menjadi semakin kusam. Dan aku bukan lah org yg rajin nak membelek produk pemutih yang berlambak dipasaran. Memandangkan kulit muka aku agak sensitif, tak berani la nak mencuba. Kali ni tidak lagi, aku kene cari jugak yg paling berkesan sebab aku sendiri dah tak berani nak nengok cermin.

Ahad ni, best friend aku kawen. Dia dah awal-awal jemput aku datang. Mmmmm....aku nak datang, nak sgt tgk dia. Dah lebih 2 tahun tak jumpa, tak sangka dia yg kawen dulu di antara kawan2 kitorang. Dia kata perkenalan dengan bakal suami tu tak lama, asalnya dari rakan masjid di JB. Huh.....so sweet. Tak payah bercinta lama-lama terus kawen. Macam tu lah best, gentleman. Senangnya...Tapi aku terpaksa menghampakannya, aku tak dapat nak datang ke majlis kendurinya. Jauh dan aku takde transport nak pergi. Rumah mak ayah dia kat Selangor aje tapi aku rasa nak ke rumah nya tu mungkin takde bas lalu. Setakat sampai di jalan besar. Aku pulak takde kawan nak pergi sama. Sedihnya.....Kalau aku kirim kad tahniah takpe ke? Aku pon nak jumpa dia juga, cadangnya bila dah mula kerja nanti aku nak jumpa semua kawan2 masa belajar dulu.
Sorry Wawa, anyway tahniah.

No comments: