Baru hari ni berkesempatan nak bukak blog. Agak sibuk sejak beberapa hari ni. Program yang terlalu memeningkan untuk aku siapkan, dah jadi semalam. Heh, at last jadi juga eksperimen aku dengan kaedah "cuba-cuba". Ini pon hasil perbincangan aku dengan K. Emy. Dia banyak bagi idea macam mana nak convert dari programming language ke graphical programming. Lim pulak, tolong bagi idea macam mana aku nak selaraskan data-data aku yang ntah apa2 tu. Thanks korang!
Pagi tadi gi hospital, buat medical check up. Aku datang dengan hanya duit sebanyak RM 17 . Baru aku perasan masa aku nak keluarkan IC. Duit untuk buat X-ray kene bayar RM20. Tak pasal-pasal mintak K. Kazi hantar duit... ;p Buat muka seposen kat nurse tu, aku kata aku lupa bawak wallet, tunggu kawan amikkan wallet. Mula-mula buat X-ray dulu, aku cukup tak suka buat menda ni, geli! Lepas tu urine test, lagi tak suka. Nurse tu garang, siap menjeling lagi. Penat aku senyum, lepas keluar toilet aku buat muka ganas lak. Menyampah nak sedekah senyuman kat orang macam tu. rasanya ramai lagi orang nak tengok senyuman aku ni...Masa dia tengok borang aku tuh, dia baca tempat lahir, tempat aku keje sekarang dengan kuat dan bunyi nye menyindir sekali...
" Lahir kat Selangor, duduk kat sini, nak keje kat Pahang?"
Heran? Sukati aku lah nak gi mana pon, bukan aku mintak dia support makan minum aku pun. Apa nak heran, nak hidup...kat mana-mana ada rezeki. Jadi jangan la pelik tengok orang merantau. Ni aku baru title student, belom jadi askar. Kalau askar merata Malaysia aku dah pergi.Petang esok jumpa dokter pulak. harap-harap nurse yang bongkak tu takde la kat tepi-tepi hospital tu.
Aku nak buat surat angkat sumpah depan majistret. Macam mana ye? Kenapa mesti sampai nak bersumpah depan majistret? Kenapa tak dengan cikgu ke, mak ke, tok imam ke...kan senang. Kwsp aku pulak bermasalah, aku dapat surat kata majikan aku dah carumkan dari 4 bulan gaji, tapi aku takde akaun. Cemana tu? Nak dibiarkan, ada duit nya. Kene selesaikan gak.Buat masa ni terasa benda-benda remeh ni membebankan, sebab aku takde "tayar". Nasib la K. Kazi tolong hantar tadi. Ikutkan ati tak nak buat, tapi buat la gak, terpaksa kan. Kadang-kadang malu gak asik nak mintak tolong orang, apa kan daya sekor bas pun tak lalu kat sini. Hospital tu tak jauh mana pun...tapi lenguh gak kaki kalau berjalan.
Isnin ni nak gi Kl, ada hal. Lepas terus cabut gi Kuantan. InsyaAllah...
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment