Wednesday, February 11, 2004

Lama sangat-sangat aku tak update. Tak sempat, kebelakangan ni ada banyak keje nak kene siapkan. Sekarang pon dalam proses lagi. Aku tengah buat lagi satu paper untuk publish, tapi tak pasti kat mana. Sama ada conference biasa ataupon local jurnal. Masuk kali ni kali ketiga aku kene buat pembetulan dan penambahan. Tak pernah perfect. Selalunya sebab bahasa....ayat yang tonggang langgang menyusahkan pembaca sahaja. Ayat nak ringkas, padat dan sesuai. Susah rupanya nak mengarang ni.

Banyak nak cerita, tapi tak tau mana nak diceritakan. Minggu lepas aku keluar dengan budak-budak ni...Alqas, Satria, Een dan lagi satu pendatang baru...Bazlit. Kami menghabiskan masa hari Thaipusam kat Megamall, agenda utama nya ialah, menonton wayang. Nak tengok Gothica tapi tak keluar lagi. Maka kami tengok la cerita Runaway Jury. Nasib baik la best....Sebelum tengok wayang kami pi main bowling dulu. First time pegang bola bowling.....first time baling. Bukan aku je yg first time, Bazlit pon sama tapi dia yang score!!! Ciss....betul ke dia first time main? cam tak caye je....Aku? heheh, aku yg first dari belakang...corot kahkahkah...asik masuk longkang je, nyampah betul. Tapi syok gak, rasa macam nak buat tempat bowling sendiri kat umah..

Masuk minggu ni dah sibuk ntah apa2...semua nak menyiapkan paper ni. Yang best nya, aku dah ada pc baru, 80G, pentium 4 ...hikhikhik...yg tak best nya, takde internet connection. Aku kene dapatkan IP address baru dari encik server. Tiap kali aku gi bilik server, mesti dia keluar. Last td aku bertembung masa nak gi masjid. isk..esok nak jumpa jugak..nak kasi intenet, nak boh Kazaa...

No comments: