Thursday, December 04, 2003

Hmm...cuaca baik hari ni. Tak panas, redup saja....sesuai untuk pejalan kaki macam aku ni. Terus ke cafe, cari makanan untuk mengalas perut yang semakin berbunyi. Nasi lemak dan nescafe ais. Cukupla tu...harap2 boleh bertahan sampai petang. Aku takde mood nak lunch sekarang.Dah 2 hari breakfast sorang2.....dah lama tak makan sorang2...sambil makan, kepala aku menerawang entah kemana..pikir yang macam2.

Aku malas nak pikir perkara yang membebankan. Cuma pikir macammana nak siapkan projek master ni dengan jayanya! Dah lebih setahun kat sini, tapi tak banyak perkembangan. Body yang kembang adalah..heheh..

Aku masih menunggu panggilan dari Kz. Apa khabar dia agaknya....sakit ke? Demam ke? Sihat ke? Aku tak dapat nak buat anggapan. Tak tau nak kata sama ada aku hilang mood kerana tak dpt bercakap dgn dia lagi atau sememangnya mood aku yang turun naik. Mungkin ada sebab kenapa Kz tiba2 diam (nak sedapkan ati aku ni). Takkan dia terasa dengan kata2 aku dalam kad raya yang aku bagi?? Mmm....rasanya aku dah tapis elok2 ayat tu....seingat aku sebelum dia balik ke kampung dia call aku..kami berbual macam selalu , mesra, dia pon hepi nak balik raya..aku dengan nasihat yang panjang lebar supaya dia drive elok2...seingat aku takde pulak ada bunyi macam gaduh2....tapi tak tau la kalau ada perkara lain.

Aku harap dia selamat dimana2. Aku kat sini kene pikir macammana nak siapkan program Neural Network ni. Dah dua minggu asik tengok benda yang sama...huh!!

No comments: