Wednesday, December 03, 2003

Hari raya dah beberapa hari berlalu. Macam biasa...takde apa yang nak di seronokkan. Dah besar2 ni, keseronokkan tu dah hilang. Setakat makan sedap pagi raya, boleh mintak maap kat orang2...jadilah tu.

Pagi ni aku excited nak bukak email. Ada banyak...tapi semuanya email ntah apa2. Aku cari e-card yang Kz kata dia nak bagi. E-card raya kononnya. Tapi takde. Raya ni semua takde..even kad raya . Dia malas sgt nak bagi....katanya nak yg express tapi sama jugak...takde. Sekarang ni dia dah menyepikan diri. Sebelum cuti raya , katanya cuti seminggu...ni dah lebih, tapi masih tak kerja. Rupanya dia cuti 2 minggu. Dia tak datang beraya ke rumah aku, dia tak call walau sekali pon masa cuti raya ni.Semuanya takde....takper..barangkali dia susah nak buat semuanya. Maybe dia lebih senang lepak2 dirumah sambil makan kerepek/kuih raya depan tv. lagipon musim hujan sekarang ni. Cuma yang menghairankan aku, kenapa dia tak terus terang kata yang dia bercuti selama 2 minggu?? bukan seminggu? Aku bukan nak jaga tepi kain dia, nak check apa dia buat hari2.....tapi kenapa dia nak sorok2 dari aku? Busybody sangat ke aku ni? Apakah dia rasa terkongkong dengan cara layanan aku ni?

Sekarang dah masuk Disember....kalau ikutkan hampir 3 bulan kami tak jumpa. Aku merancang untuk berjumpa dalam bulan ni. Memandangkan dia dah amik cuti hampir separuh bulan, maka........rancangan aku akan tinggal angan2 sahaja. Dah tentu lepas ni dia tak boleh nak bercuti lagi.

Aku kene beralah lagi. Aku kena kawal perasaan dukacita aku nih. Aku tak boleh nak marah2...maybe dia ada sebab kenapa cuti tak beritahu aku, mungkin dia sibuk tak dpt nak call aku...dan mungkin dia ada sebab tak mau jumpa aku.Aku bukan marah....kali ni aku tak marah. Aku rasa ini bukan perasaan marah, tapi kecik ati. Aku tak mau besar2 kan hal ni. Aku tak mau hal kecik macam ni kami bergaduh...Aku tulis disini untuk aku meluahkan apa yg aku rasa. Aku bukan nak kasi tau satu dunia....aku rasa ini aku punya jurnal...maka aku bole tulis apa yg aku nak. Aku serabut !! Aku masih sayang dia. Sekurang2 nya lepas aku tutup blogger ni aku boleh tarik napas panjang2.....aku boleh tinggalkan semua ni dalam blog. Aku tak mau semua ni ikut aku ke hulu ke hilir. Sekarang ni dah rasa macam "layang-layang putus tali".

Aku harap masih ada peluang untuk aku perbaiki lagi. Biarlah apapon alasannya, biarlah semuanya yg masuk akal. Aku mintak maap...maybe tak patut apa aku buat ni. Aku cuma nak ilangkan perasaan ni....

Abang, maafkan saya...............................................

No comments: