Wednesday, December 31, 2003

Esok tahun baru...aku nak ucapkan kat semua orang...Selamat Tahun Baru. Semua orang ada azam baru ker? Aku tak pasang azam apapon, rasanya yg tahun lepas pun tak tercapai jugak.

Hari ni aku datang school dengan beg baju..hehe, aku nak balik umah hari ni..bertolak dari sini petang. Sampai KL dalam pukul 7, Yan jemput aku pastu terus balik ke rumah.Esok pagi pulak aku akan bertolak balik ke sini semula. Yan nak bercuti kat Penang, kebetulan dia nak datang sini aku mintak tolong dia angkut pc aku kat kampung. Aku belum lagi bagitau mak aku rancangan ni. Tengahari karang aku nak tepon, kalau tak mesti terkejut dia tengok aku balik umah tak sempat panas punggong..tak per mak..raya Cina ni cuti lama sket..heheh..

Pagi tadi selepas subuh aku baring semula...ingat nak tido balik...tapi tak lelap pon. Tiba-tiba rasa sayu semacam. Aku pon tak tau kenapa..Aku nak balik, tapi tak happy. Tak macam selalu...kalau nak balik esoknya..malam tu dah happy sakan. Esok tahun baru...bg semua orang , ia sekadar disambut dengan countdown ke 12mlm...tengok bunga api...konsert...dan macam2 lagi. Aku biasa je..mungkin sebelum 12 mlm aku dah lelap. Tapi sebenarnya kalau diikutkan...genap setahun hubungan aku dengan Kz. Malam tahun baru 2003 dia propose aku. Aku memang menunggu mlm tahun baru 2004 utk celebrate sama, tapi dah tak kesampaian. So, tak de apa la malam tahun baru ni. Aku dan dia masih berkawan lagi...aku tak nak bermusuhan. Mungkin kali ni salah dia paling besar....aku dah maafkan. Cuma aku yg perlukan masa nak ceriakan diri aku ni. Aku nak cari life baru...nak siapkan projek master ni cepat2...baru aku rasa lega.Kalau lepas abis master, boleh dapat keje cepat..lagi aku lega.

Ok..aku kene siapkan keje semalam yang terbengkalai. Perut dah lapar, lupa nak breakfast. Maknanya aku kene keluar lunch tengahari ni. choww..

Sebelum menutup tirai 2003, aku nak wish...

************************
HAPPY BIRTHDAY , SATRIA
************************

No comments: