Monday, September 15, 2003

Semalam aku tengok ntv7, pagi2 selalu banyak cerita kartun. Tiba-tiba ada satu iklan ni yg buat aku terkejut.Iklan tu macam ni.....ada sorang budak lelaki, (muka dia penuh satu skrin tv tu). Memula dia terkebil2..pastu dia amik jari telunjuk dia masuk kat lubang idung kanan. Korek idung la tu..aku ingat kejap je..lepas tu dia korek lagi...tetiba kluar tulisan "Dig Akmar, Dig.." (nama dia Akmar). Pastu budak tu korek plak lubang kiri..sungguh2 dia korek...last sekali...dia amik jarinya tuh , then calit kat kamera!(nampak macam dia calit kat skrin tv kita lah) Yuks!! Ewyeeee...!! Pastu tempat kene "calit timah" tu keluar la logo "NICKELODEON" (argh..tak gheti nak ngeje...kalau budak yg slalu tgk ntv7 tiap2 pg Ahad dia tau la rancangan nih). Pergh...berani sungguh si Akmar tu...aku rasa,Umi Aida ke, Rosyam Noor ke atau sesapalah yg penah menang award pelakon terbaik..tak brani nak buat gitu. Betapa kreatif nye org2 yg buat iklan sekarang...memang menarik perhatian. Aku tak tau la kalau lepas ni ramai lak bebudak terikut style Akmar korek idung..pastu pakat calit kat tv...huarkkkk!! Apapun syabas la kerana idea yang kreatif, jauh beza dengan iklan masa aku darjah 1 dulu..masih aku ingat iklan Mat Sentol yang famous time tu..Ding Dang!!

No comments: