Wednesday, March 26, 2003

Kenyang, baru je lepas lunch dan solat skali.masuk je bilik, tak de sapa. Aku terus je taip blog ni. Tadi aku mintak risalah pasal Pulau Pinang kat Azno. Nak "jelajah" sebelom sesat.Hehehe...saja...nak entertain tetamu, tapi aku tak arif tentang tempat-tempat menarik kat sini. Kat dalam risalah ni adalah peta sekali. Tapi terhad, cuma belah Georgetown aje. Tadi borak dengan kak Ariana, dia pon suggest kat aku gi bukit bendera. Dia kata cantik tempat tu. Aku pon carilah dalam ni, memang ada tersenarai dalam ni, tempat-tempat menarik untuk dilawati tapi tak ada dalam peta ni. Maybe dia dalam kawasan yang lain. kalau jauh, payah la, nanti sesat pulak.nak buat yang terbaik untuk 'dia', cari tempat paling best skali. Takde lah terkilan nanti, datang jauh-jauh, sampai sini tak de apa.
Esok malam aku nak bertolak ke KL. naik bas 12 malam la nampak gaya.Ikutkan hati malas.Tapi sebab nak jumpa 'dia'.....daya kan lah jugak. Mulanya aku cadang nak tidor umah Aju nanti, tapi teringat lak kat mak aku. Aku balikla kampung kejap petang jumaat tu...nak hantar duit.Heehehhe....first time dalam idup nak kasik mak duit. Sebelom ni tak penah. Kalau tangguh-tangguh kang, abis plak duit ni. Lagipon banyak mende aku nak beli nanti. Ingatnya, sebelum balik uma tu, masa lepas abis meeting aku nak singgah KLCC.Alang-alang satu Putra LRT baik aku singgah kejap.lagi pon tengah sale ni..Cantekkkkk!!..Shoping sorang-sorang? Alah..tibai je la, nak mintak orang teman..mana ada. Semua orang keje. Yan pon keje.
Semalam dapat mesej dari Yan pasal company dia yg tengah kucar-kacir tu. kak lia, kawan keje Yan dah cabut. Siap bergaduh nangis-nangis dengan bos...sekarang ni tinggal yan, ada sorang budak tu and budak Admin je. lain dah cabut. Aku awal-awal soh Yan cabut sebelum orang tu merayu nak dia keje situ. tak sempat budak tu nak cabut, dah kene panggil.Brainwash la kunun...mmm..ntah la, aku cakap kat yan baik berenti je. Taklah sakit ati...
Uiihh..dah kenyang ngantuk pulak. Bila aku nak siap study nya ni??..Aznor ni mana lah dari tadi tak naik-naik...aku nak cokelat aku ni..bagus, lepas makan nasi makan coklat...potensi untuk membesar agai johan...tak pe...next week aku nak join Nurul aerobik plak.

No comments: