Good morning...huargghh hari ni macam biasa aje, aku bangun lewat sikit lepas subuh tadi.Ngantuk giler. malam tadi aku dah dapat roomate baru. Orang jawa ..heheh..bukan senang nak dapat orang seangkatan dengan kita kat belah utara ni. Malam tadi aku dah terlena masa tengok berita, nasib terjaga balik, sempat tengok ALIAS. Aku tak pernah mis cerita ni. Kagum betul dengan "Sydney" tu...cekap !Lepas tu baru la roomate aku datang dengan barang-barangnya. Huh! banyak jugak. Lepas ni aku kene kemas la bilik tu, sebab dah tinggal berdua. kalu sorang-sorang...peduli apa..kan!
Aku dapat berita gembira semalam. "Dia" jadi nak jumpa aku minggu depan. Plan sebelom ni ingat dia nak datang sini awal bulan depan tapi aku kene balik KL jumaat depan sebab ada meeting kat TI.Alang-alang tu, dia nak hantar aku dari KL ke sini.Aku macam tak percaya pulak dia sanggup buat macam tu...tapi aku suka...ahahahahhah!! lama dah tak jumpa....aku harap dia tak ubah plan ni saat-saat akhir nanti. Dah le semalam angin aku tak baik...aku asik nak marah je satu ari....merajuk! heheh...aku kalau sekali merajuk, teruk.Nasib lah ada penawar hati.....tapi pagi ni pon dia tak balas-balas mesej aku dah. Agaknya, memang betul kot macam anggapan aku,dia dah malas nak mesej-mesej lagi macam dulu. Biasalah, awal-awal tu memang rajin, tapi kalau dah lama-lama...tentu bosan.Tapi kenapa? Kenapa aku tak pernah bosan? Aku dah anggap ianya sebagai rutin harian. Tak per kan? Sekadar bagi mesej bertanya kabar...apa lah sangat. mmmmmm....sibuk sangat kut.Terasa diri aku ni macam penyibuk pulak. Aku sendiri tak paham, sebab dia tak pernah kata apa-apa pon. Ntah la.....semoga bahagia, ok la!
Tadi aku gi library dengan Ct. Pinjam buku..heheh..macam lah nak baca......aku try la. Sebab sekarang ni aku dah hilang arah. mana tau baca-baca ni dapat idea.Sambil tu borak-borak dengan Ct.....macam-macamlah cerita...ok la..dah tiba masa aku buat kerja, nanti tak sudah-sudah pulak.
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment