Friday, February 28, 2003

Lapar.....aku tak sempat nak breakfast pagi ni, cuma minum susu Dutch lady perasa strawbery tu je. lagipon takde apa nak dibuat sarapan..aku pagi-pagi bukan nya rajin nak masak...bukan apa..blur! mamai tu masih ada...Ari ni aku datang cepat sket 15 minit. Aku ingat nak cari abang aku , nak tau pasal duit elaun aku. Tak silap aku, kene isi borang lain.Itu lah kata dia semalam. aku tinggal nak masukkan nombor IC dengan birthdate je. Kalau lambat-lambat kang, dia mesti ghaib punye....lagipon sekarang minggu periksa, dia pon rajin gak cuti.Itu lah, pagi ni patut nya Nurul nak pegi jalan sama, tapi aku tinggalkan.Takut tak sempat beb..ari ni dia lambat sket..malam tadi tidor lewat.Lagipon pukul 8 aku dah siap. Tu pon tengok TV dulu....last-last aku chow dulu..hehehe! Sory Nurul, ari ni aku memang niat nak kuar awal.kalau ari lain takper..

Lapar!..isk..isk..malam tadi aku cuma makan mihun sup segera..mula-mula tu kenyang sangat, Aznor ajak aku kluar makan tapi disebabkan aku macam kenyang, lagipon sonok tengok cerita Alias, tu yang malas nak pegi.Pulak tu lepas Alias ada 10 things I hate about U, waaa..best citer tu. Kali ni masuk 3 kali aku tengok. sejak aku duduk sini, baru lah malam tadi aku rasa concentrate negok TV..slama ni malas je , setakat tengok berita pastu yang lain-lain tu dah tak semangat.

Aku mula terasa boring balik. Napa ntah...dah beberapa hari aku jumpa Aju dlm Yahoo Mesenger..bess la budak tu, dah nak abis satu semester master dia. sekarang praktikal pulak.Bahagia je aku dengar. Dah lama aku tak borak dengan Pekjah, ntah camner dia..dah dapat keje lain ke belom..mmm....takde idea la ari ni...rasa cam tak bess..ok lah..aku nak mulakan kerja.

Aku nak sambung balik. Ni baru je lepas lunch...sorang je. Biasalah idup kat tempat baru ni, mana la ada kawan sangat. Kalau ada pon, aku segan-segan je nak berborak..rasanya topik yang aku borakkan macam tak masuk.so baik aku diam je..buat keje sendiri.Tadi dapat emel Dura. Wahh..terkojut dia bila tau aku masih tak bergaji..aiii..cam gini lah cik adik oi..bak orang tua-tua kata rezeki lambat.Ntah lah, malas nak pikir-pikir. Ari ni aku terasa kebosanan+ketensionan teramat.Aku geram semacam, tapi tak tau apa yang geram..Memanglah pagi-pagi tadi aku bengang gak kat Bun...aku mesej dalam MSN dia buat derk....padahal aku bukan nak borak. aku nak tau pasal keje. Time aku bz camner pon...kalau orang mesej skalipon aku layanlah gak.Ni bila aku tengah buntu...senyap plak dia.Tu yang aku boh nama kat seting MSN tu.."Diyana- Hari-hari geram!!"...skali tu si Nurul lak terasa..aku tak maksudkan dia..ntah..memang rasa geram .Salah ke aku nak buat macam tu..bukan kene pon kat diorang..maybe aku ni dah nak sampai musim PMS kut...hehehe...tu orang-orang pompuan expert la.Dura dapat tawaran buat part time kat radio indon pasal alam sekitar.Wahh..bess nya, bukan senang nak dapat buat kerja yang luar biasa ni. aku dulu dah cadang-cadang nak buat teknikal artikel tentang Machine Vision ..anto kat DBP..publish kat Dewan Kosmik ke...abang aku yang syorkan, dia kata satu artikel diorang bayor RM 150..ok la tu..kalau aku buat 4 artikel dah 600..boleh cover duit belanja dengan sewa umah untuk sebulan. Tapi sampai ari ni dia tak bagi lagi alamat untuk aku antor artikel tu...artikel ni dalam bahasa Melayu, jadi sedap sikit nak mengarang, kalau english...aku banyak dah lupa grammar..Nilah, satu contoh graduan melayu yang masih buta bahasa. Nanti la..ada masa aku improvekan diri ni..k!

No comments: