Karipap, karipap, karipap. Hari-hari karipap….memang best..nampaknya makin besor la aku nanti. Hari ni last dapat makan free kat school.Esok-esok takde dah , orang memberi kita merasa….kan? Hari ni aku dating awal sket dari biasa tapi bangun lambat. Ha..camner tu?.hari ni Cuma minum nestum jer..pagi-agi tadi laparlah..tapi sekarang tidak lagi. Alah, 5 minit awal je..ingat ari ni nak mula cepat. Ni kali kedua aku taip untuk blog ari ni…tadi masa aku taip bila nak post..sangkut lak kat internet explorer. Masalah betul…
Aku datang awal niat dihati nak sambung keje yang tak sudah. Mesti korang pening, napalah aku tak siap-siapkan lagi. Ini bukan sebarang kerja tau…Masa sampai sini tadi aku nampak kelibat Bun naik motor punye lah laju, aku rasa dia pon berperasaan sama macam aku.Taku, gelabah…hari ni dah Khamis..sok jumaat..pastu dah masuk minggu depan. Due date dah dekat ni…so aku kene work out untuk meeting nanti. Semalam aku dapat idea baru dari Nazri. Tapi bila aku cek balik, tak sesuai lah dengan algorithm yang aku nak develop. So setelah berbincang secara serius dengan bun , aku dapat idea baru. Nak buatlah jap lagi..lepas ni..bior aku abiskan blog ni dulu. Nanti luper…
Semalam aku telepon lagi pejebat bendahari pasal duit. Ni pon Bun yang soh aku call sbb semalam bilik cik ali berkunci takleh pakai phone. Aku ikut kan ati malas nak call…tapi kesian dengar citer Bun yang nak sangat pakai duit.Aku paham situasi dia. Aku gagahkan diri tepon sana…dapat cakap dengan singa betina tu..wah wah wah….bukan main lazer mulut dia …aku rasa pompuan ni bermuka-muka..bila depan Bun cakap elok-elok, tapi blakang Bun mengutuk. Apalah salah nya cakap elok-elok…Rasanya aku nak cadangkan supaya diwujudkan peti cadangan kat sini. Boleh lah menyatakan segala permasalahan yang timbul.Tak kiralah sapa yang komen, student ke, staf ke, makcik cleaning…sekurang-kurangnya boleh meningkatkan mutu perkhidmatan…diorang berurusan dengan orang ramai, so tak manislah macam ni….
Pasal duit tu, blom ada lagi.ntah mana ilangnya…sangkut dalam perjalanan kut. Untuk ntah ke berapa kali aku mengeluh panjang…malas dah nak pikir. Tiba-tiba ada mesej dari “dia”. Katanya dia dah masukkan dalam akaun aku. Huh! Ajaib beb! Miracle!….Itulah Tuhan nak tunjuk…betapa susahnya umatnya itu, masih ada jalan keluar sebenarnya ..dan akulah umat itu…aku memang patut bersyukur. Kehadiran dia dalam idup aku banyak melegakan..walaupon tak seberapa, aku amat menghargai.Sekurang-kurangnya aku bukan sendirian, aku ada teman yang tahu kepayahan aku ni. Terima kasih!
Aku teringat artkel yang aku baca dalam majalah Dara.com tu ari..mengenai sahabat. Katanya..carilah sahabat yang baik. Ciri-ciri yang ada pada sahabat yang baik ialah…ketika kita dalam kesusahan dan malu untuk meminta-minta, dia tahu akan kepayahan kita dan membantu tanpa diminta….dia menghargai bantuan kita dan mengingatinya…sanggup membantu dalam segala hal dan dalam segala bentuk…..mmmm…Aku jumpa orang itu. Dialah sahabat yang dicari…dan aku anggap dia lebih dari itu…aku berdoa supaya Allah akan membalas segala kebaikannya. Aku tak mengharapkan untuk berjumpa dan bersahabat dengan semua orang seperti itu kerana bukan mudah nak mencarinya….tapi bila dah ada yang satu ni..aku akan pelihara sebaiknya dan aku amat berharap dia takkan berubah pada masa akan datang…biarlah dia tetap seperti sekarang, sama sebelum perhubungan istimewa kami terjalin lagi.Amin…..
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment