Monday, March 03, 2003

Fuh!...lapar..lapar..lapar...senak dah perut aku , berlumba-lumba angin masuk nih! Arghh....kali ni aku tak larat nak balik menapak. nasib aku jumpa kak Kazi dalam MSN, aku mintak tumpang dia je karang.Dari pukul 9 pagi aku mula siapkan keje, baru sekarang abis..tu plus meeting beberapa jam. Ni semua gara-gara nak present hari rabu ni. Rupanya wakil je yang pegi, skali tu abg aku minta sorang back up dia takut program tak leh run nanti. Aku dah suka..sebab mesti Bun calon sesuai...skali tu Dr R plak suggest pegi dua-dua skali..arghhh...aku dah malas nak pegi. Kene beli tiket bas, kene bangun pagi-pagi....lapar ni. Kang aku baham semua kang...aku asik terpikir apa yang aku boleh makan kat umah nanti. Yang ada cuma meggi. Mana cukup nak tolak angin dalam perut aku ni. Hishh....

Hari Jumaat lepas aku beriya menyiapkan power point malam tu gak. Aku datang school malam-malam sorang-sorang dari pukul 9.30 sampai 12.30 malam. Gile...memang sebab aku nak rest ari Sabtu, so baik aku setlekan bahagian aku siap-siap. Mula-mula tak lah gerun, ada mak guard ronda, siap senyum kat aku...tu yang rasa ok..tapi bila time balik tu payah,...aku terpaksa turun ikut tangga. Tak mau guna lif sebab aku seram, teringat cerita hantu yang penah aku nengok masa kecik-kecik dulu..The Lif..lebih kurangla..korang penah tengok?..takut woo..tak pon terbayang cerita The Eyes, yang part hantu nenek tu dalam lif.tu yang aku rela berpeluh turun kut tangga. Aku ingat setle dah, rupanya ari ni lagi banyak kerja.

Aku tergelak bila teringat hal tadi, masa Dr. R tolong taipkan report....dia nak taip ini :- tapi tertekan :) tetiba MWord otomatik tukar jadi gambar smiley...ala..kira shortcut macam chatting tu aaa..boleh dia kata..oo jadi cam ni ka?? tak tau plak...aku dok tahan gelak je..sebab smiley tu besar giler..hahahah...sepanjang dok tercongok kat sana tadi aku dapati yang lecturer ni very particular dengan grammar bahasa. Nampaknya ia satu hal yang serius. Selama ni aku just amik berat hal bahasa bila nak communicate je tak tau plak dalam hal-hal cam ni penting gak. Napelah aku tak teringat cikgu aku ajor dulu-dulu...tu lah, akibat suka makan kepala ikan!

Esok maybe aku balik. Aku terus balik umah je la, tak yah jalan-jalan...jimat. Rasanya aku datang balik Isnin depan. Alang-alang gi KL baik aku bercuti terus. Bila lagi nak buat macam tu. Lepas tu dah takde cuti-cuti lagi. Tapi aku dok tercari-cari lagi masa yang sesuai untuk jumpa "dia".Aku penah tanya pasal ni, dia jawab hujung bulan.Ntah iya ntah tidak....tapi macam tak je...nampak gaya dia sibuk. Aku tak leh lah ganggu dia, dia perlu bekerja untuk cari duit ...kalau tak kerja manakan dapat duit. lainlah aku..keje ke tak keje ke..duit tetap takde.Aku pon tak tau apsal nak jumpa sangat, padahal baru bulan lepas jumpa.....rindu ke?..eh rindu tu apa? bess ke?..hahahhahha..giler!!!

Isk.aku tak tahan lah...rasanya nak balik lah, pedih ni ......kang lain lak jadinya. so aku stop kat sinila..next week aku sambung lagi..chow....

No comments: