Hari ini, hati tak tenang, fikiran melayang-layang. Mengharap satu keajaiban akan berlaku. Tapi mustahil. Hari ini juga, merancang yang macam-macam supaya hari esok akan lebih bersedia. Tapi takut, segalanya tak tercapai. Tinggal angan-angan saje. Bukan sekali, bukan 2 kali, bukan 10 kali tapi lebih dari itu telah dirancang. Apakan daya, segalanya masih belum mampu dilaksanakan.
Kalau dilihat pada awan yang kelabu, hari yang suram, seolah-olah alam pun tau aku juga begitu. Jauh aku memandang luasnya lautan, seluas itu juga harapan aku. Gelora yang datang, dan sebentar pergi sama seperti hatiku. Apakan daya, hari ini gelora di hati tak henti-henti. Tak lama alam ini suram, tiba-tiba matahari muncul disebalik awan. Aaahhh....gelora hilang, seperti ombak yang pecah. Bila ku lihat cantiknya sang mentari di kala senja. Segera aku syukur pada-Nya. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah.
Perjalanan masih jauh, masa semakin suntuk. Mengharap ia nya perlahan agar aku sempat mengejar. Paling tidak, cukup untuk aku bertahan. Mustahil, mustahil... Setiap kali melangkah, setiap kali itu mengharap. Supaya keyakinan ini tidak pudar, yakin pada-Nya. Aku ingin capai apa yang aku idamkan, tanpa aku jauh dari-Nya. Semakin jauh melangkah, semakin kuat ujian yang datang. Dugaan dalam kesenangan. Itulah aku sekarang.
Cukup, cukup, cukup setakat ini. Aku mahu hilangkan apa yang merungsingkan, meragukan, mempersoalkan fikiran ini. Aku mahu segala beban tinggal di sini.... di laut ini...pergilah..pergilah jauh-jauh. Aku ingin kembali ke dunia aku, dunia realiti dengan harapan yang baru. Semoga kembali ceria, berwarna-warni, jelas, terang. Ya Allah, padamu aku bermohon, rahmatilah aku, tunjukkan lah aku jalannya, berilah kekuatan kepadaku agar aku mampu untuk mengharungi dugaan mu. Amin.
4 comments:
moga di beri ketenangan..
Amin. Thank you my dear
aah kuatkan diri akak di sana..kami di sini menyokongmu dari jauh..go go chaiyok!
arigatou..yehaaa...gambarre!!
Post a Comment