Sunday, October 18, 2009


Tengahari aku dikejutkan dgn satu ketukan pintu. Bila aku bukak pintu, seorang lelaki tua jepun memperkenalkan diri. Dia berbahasa English campur2 Nihon-go. Rupanya dia tuan rumah aku. Dia datang semata-mata ingin memberitahu bahawa hari ini ada sambutan Aki Matsuri. Aki (musim luruh), matsuri - seperti pesta. Sebenarnya aku dah standby nak pegi, bila aku dengar riuh2 sayup-sayup dari rumah. Hati aku ni bergelora nak pegi, tapi aku segan plak menonong sowang2. Tapi memandangkan tuan rumah bersungguh2 menyuruh aku pergi, aku pun pegi lah. Heheh..Baik plak dia tu, dia sempat cerita...dia boleh baca nama aku (tulisan romaji) dan tau aku dari Malaysia. Dia pernah pegi ke India satu masa dulu dan kerap bergaul dengan org2 asia yg lain. Lepas tu...aku pun apalagi..menonong la aku melalui sepanjang jalan ke taman Busshozan di atas tu..sepanjang jalan penuh org2 bukak gerai, ala2 garage sale..jual barang2 antik, kraftangan & sebagainya. Sampai di atas, penuh gerai2 makanan, aku tak lalu area tu sbb tau bukan leh mkn pun. Lagi pun asap2 dorg bakar2 sotong ke daging tu boleh melekat kat baju aku. Tujuan utama aku, cume nak tau cemana suasana Aki Matsuri. Ada stage performance, tarian, nyanyi2..okestra dan tradisional games. Ada jugak pameran bunga crysanthemum gergasi. Gila besor kau.....besar muka kita ni ha. Yang aku tunggu2 sebenarnya pertunjukan gendang...tunggu2 tak ada2..rupanya masa on da way turun nak balik ke rumah, gendang baru nak berarak naik. Sempat amik gambar. Korang saksikanlah suasana pesta jepun ni.
Banyak lagi gambar aku ambik. Tapi susahlah nak letak kat blog ni..abis berejam edit ,kejap2 terlari2. So, aku update kat flickr. Jgn lupa pi kat flickr ye!

5 comments:

fizz said...

OO ni ke aki matsuri..ingtkn apa tadi..kalau sy ada kat sini, xla agak segan2 nk g..ingt lagi tak kita segan nk g umah jiran depan rumah bila dia bt kenduri..heheh

cik Di said...

Haah fizz , kitakan gadis pemalu. Dah la pemalu, segan plak..tak pandai bersosial (muahahaha..). Tapi sekarang akak dah belajar "menonong" kan diri...rasa ok je..bole pegi mana nak..lama mana nak..

NoiJem said...

meriahnya!!

Nurul said...

besnya!

cik Di said...

Meriah dalam sendirian ..hihihi