Melayan hari minggu yg amat membosankan. Bangun pagi, rasa takde arah tujuan. Rasanya bukan aku sorang mcm ni, sahabat aku sorang lagi pun begitu. Tergolek2 kat rumahnya melayan blues dan juga menatap paper utk zemi (presentation/discussion) esok yg sukar difahami paper itu. Nasib badan...aku nye turn maybe next week..aku pula la akan tergolek2 kene baca paper. Sebenarnya to do list aku banyak je nak buat, tp mcm dah set kat kepala..weekend la nak rehat2 sbb weekdays mcm tak ckup oxygen nak bernafas. Masalahnya bosan. Semalam lepas abis Nihon-go, tak tau nak jalan ke mana..pusing2 keliling stesen keretapi..tak leh nak buat decision. Masuk bookshop...banyak buku tp takde satu yg aku faham. Rutin aku kat Malaysia kalau time2 boring ni masuk bookshop, belek2 buku ke magazine...beli 1 ke 2 ke..tp kat sini sedey...belek2 sume tak paham. Aku gagah kan nak cari buku masakan, at least tgk gambar...boleh follow..mm..kene juga tau makna nama bhn2 yg pelik2 dalam tu. Kalau tulisan hiragana atau katakana, boleh lagi nak baca merangkak satu pertastu..tp sini sume banyak pakai Kanji. Susahnya! Maka kitorg pun keluar la dgn kesedihan....
Aku mula mandom2 ni lepas tepon mak malam td, mak citer anak sedara aku yg kecik tu...last week memanggil nama ku...huhuhu..dia rindu kat aku..tiba2 aku teringat lak kat dia. Mesti dia pikir napelah aku tak balik2 kg, dah dua bulan. Selalunya setiap bulan mesti aku balik. So dia mesti bosan aku takde..takde nak bwk dia jln2 kat pekan..huhuh..aku lak sayu. Mak citer..asal bunyi kereta je dia lari2 tgk..ingat aku yg dtg..huargghhh...rindu nya kat si kenit ni. Mesti dia da besar. Aku tak nak dia besar, nak dia kecik je...sonok main dgn bdk kecik dr budak besar.
Citer lain pulak...ni dah masuk bulan ferbruary ni...sini mana2 tempat jual coklat. Sempena Valentine's Day. Coklat yg cantik, dibungkus dalam kotak yg cantik2 kemas...rasa mcm syg je kalau nak makan coklat tu. Aku tak beli. Tengok aje. Aku tunggu je org bagi...hahah tapi gerenti la, takde sapa nak kasi huhuh...dalam banyak2 coklat dan segala decoration utk valentine's ni..satu saje yg menarik perhatian aku, semasa jalan balik dari Shoten Gai..lalu depan satu kedai baju lelaki yg aku kira sgt exclusive sbb tak penah tgk org masuk kedai ni. Nama Paul Smith...heheh..maybe org2 kaya je masuk. Bukan tertarik dgn org kaya yg masuk..tp tertarik pada perhiasan di cermin display kedai bersebelahan mannequin yg diletakkan...aku letak gambar di sini. Perhatikan, teka...dan beritahu aku apa pendapat korang...bagi aku, kreatif. Sungguh, org2 sini kreatif. Itu je yg aku suke pasal org Jepun :P

No comments:
Post a Comment