Friday, December 19, 2008

Citer lama...tp baru nak diciterkan. Maka jadilah ia citer baru hehehe..ni pasal party/jamuan/dinner masa hari Selasa aritu. Teruskan membaca....

Kampai!! Aha…I will tell you later what is the meaning of Kampai. I just came back from dinner. What should I call…mmm..kalau kat Malaysia maybe jamuan kot..Makan2 dgn all lab mates. .except Ohara san. Dinner malam ni dorg buat kat satu restoren Jepun, nama dia La’ ### (sorry, aku tak boleh nak tulis dlm Kanji). First time aku keluar dgn dorg semua. Actually dinner ni da macam tradisi lab aku untuk celebrate ahli baru. Ahli itu adalah aku.. ahak ahak..dan ada lg sorg undergraduate student ni. Tak ingat plak nama dia. Masuk2 je restoren ni…cantik2..keadaan dia mcm kat dlm citer Jepun tu..kene bukak kasut, tukar selipar. Dalam nya kayu, lantai licin tu, pintu selak2…cantik. Ada meja jepun yg dicantum panjang, muat untuk kami 14 org. Ada pelapik kusyen untuk duduk bersila. Ada pinggan kecik, chopstick, kain basah. Dah ada makanan…dlm mangkuk kecik, setiap org lain2. Aku dpt telur ikan. Fuza dpt sotong kurita. Dorang da bgtau, makanan malam ni semua dr unsur laut, telur dan halal. Takde ayam atau daging. Satu je yg tak halal ada tp kitorg yg muslim ni off course la tak amik…beer! Da memang adat sini dorg celebrate mesti ada punye. Aku risau betul...tp terpaksa la kan. Korang jgn risau, kami yg muslim takkan minum punye. Baunya..huh..busuk arr

Kitorg order oren jus. Best, dpt gelas besar, fresh n kaw2 punye…lepas tu dtg la hidangan pertama iaitu sashimi. Akan ku terangkan apa itu sashimi. Mula2 tgk, terkebil…cemana nak makan..selama ni tak penah, rasa cam geli pun ada. Tapi sbb ada kicap utk cicah..lalu gak la makan. Tapi tak abis. Lepas tu dtg la hidangan kedua. Boleh kata…lepas ni itu..lepas itu ada yg ini plak dan seterusnya. Ertinya, non-stop makan. Hidangan Jepun dihidang dlm saiz kecik2. Sekali tgk mcm tak cukup. Nanti dulu……..sebenarnya makanan tu tak henti2 datang. Stail sini mkn sikit tp bermacam jenis. Sebelum start makan tu, Hara bg la kata2 aluan (aku agak je..tak paham heheh) Kemudian masing2 memegang gelas masing2 dan dia pun kata “Kampai!!”. Kampai= cheers! Setiap org pun melaga2kan gelas masing2 tak kira la apa yg ada dlm gelas tu. Huh..aku punye la berhati2, tiap kali laga dgn gelas yg berisi beer tu aku lap la gelas aku…..takut seyyy..kut terpercik sebarang dua…hisshh..tp takde la. Bukan kuat sgt pun. Kemudian kitorg pun makan. Tak lama lepas tu sensei pun dtg…time dia dtg baru buat opening yg sebenar. Dia ckp la english, baru aku paham. Dia mengalu2kan aku dan sorg lg ke dlm lab nya. Dan katanya, selamat datang ke lab yg penuh dgn bdk2 bising ni. Heheheh..kemudian Kampai lg…huhuhu…aku dgn fuza tak endahkan sgt dorg, sebab dorg da start mabuk2. Tapi masih lg under control, dorg cume merepek2 dan buat lawak. Kadang2 aku tergelak gak walaupun aku tk pham apa yg dorg katakan, Cuma ada aksi2 lawak je. Sensei pun join sekaki melayan la budak2 yg separuh sedar tu merepek. Dia minum oren jus je. Sambil makan, sungguh2 dia makan. Sepanjang masa tu, mcm2 makanan sampai. Serius kenyang, aku duduk pun da mcm2 aksi. Mula2 bersimpuh, pastu bersila, dan mcm2. Hara plak siap offer aku air lagi…aku jeling fuza..fuza kata nak yg mcm Wan dgn Chao san minum..warna pinky2. Rupanya air ichigo (strawberi) milk shake…..pastu makan…last sekali..sebab lama sgt kat situ dgn aksi2 budak merepek2 tu..kitorg pesan lg…kali ni jus oren+blueberry..nyum..nyum. Aku syer dgn fuza…tak larat mcm nak meletup. Tp tgk bdk2 tu minum beer berjag2…huh..baik aku minum yg lazat2..last skali…bila penutup tu, Hara menyuruh kami semua mengangkat kedua tangan…ingatkan nak berdoa..rupanya dia tepuk sekali..dan yg lain ikut. Itu menandakan sesi party tu dah tamat. Then, masing2 bukak dompet, keluarkan duit. Termasuk aku….tapi Hara pun ckp pada aku, malam ni dorg meraikan aku…so aku tak payah bayar. Free! Hehehehe….next time bila ada org baru masuk, aku bayar la pulak. Arigato gozaimas! Aku Tanya Fuza berapa sorg bayar…Fuza kata 3,000 yen. Huh…mahal gileee….Fuza kata sblm ni dorg penah makan sampai 5,000 yen dan makan nya lg dahsyat banyaknya. Dasat org Jepun berparti ekk…ok, aku senaraikan makanan2 tadi mengikut urutan yg dihidangkan.

1. sashimi (raw fish yg dipotong nipis, ada salmon dan 2 jenis ikan..tak pasti. Tp ikan yg tak pasti tu tak dpt nk habis kan…takleh nk masuk..geli)

2. salad (ni best..daun salad n beberapa jenis lg dgn dressing mayonis, ada roti kering yg dipotong kiub2..rangup, ada taburan keju)

3. telur ikan (direbus je…rebus bodo gitu..cicah soy sauce) sepotong ikan yg distim (cicah dgn soy sauce…ni best, fresh gile)

4. tamago (telur mcm dadar tp rasa masin manis yg digulung besar. Ni sedap)
sejenis makanan yg leper mcm piza, bila rasa campuran kentang lenyek dgn telur (hidang atas pan panas, best jugak)

5. nasi kepal yg ada dicampur rumpai/alga (rasa mcm sushi)

6. Potato wedges ( favorite aku masa kat Kuantan…teringat housemate ku yg gemar potato wedges dgn creme cheese)

7. mi goreng Jepun style (tak mcm stail kita, sempoi je…ada bubuh kicap, then rasa halia dia banyak…pastu ditabur ikan yg disagat nipis mcm kulit bwg, jeruk halia)

8. pizza (topping nye cume tuna dgn cheese. Best sebab base dia nipis mcm kat dominos)

9. Desert- aiskrim jepun (ini la yg paling best antara banyak2 tu. Aiskrim ni rasa simple je…mcm dibuat dr susu, then topping dia whipping crème, pastu ada jeli kopi-non sweet…then ada caramel. Rasa dia, pahit2 manis lemak berkrim. Disukai aku dan fuzah…nyum2)


Haaa….mana tak senget aku duduk. Tapi sayang, aku tak bawak kamera. Aku terlupa yg hari ni makan2 nya. Aku try mintak gambar dari Fukuyama…sbb dia sorg je yg bwk videocam. Ini experience baru bagi aku, tengok cara hidup org Jepun. Selama ni dgr citer je dr org..skrg rasa sendri. Aku enjoy, best..part makan2 jela..yg part Kampai tu idak la..ok..nak tido la plak. Esok da kene gi school huhuhu….tak mau!!

3 comments:

fizz said...

akak...

wah dasat makanan..terasa cam nk terbang ke Jepun jap..utk rasa makanan2 tue. :D

Anonymous said...

hu..gilo sodap....besnyer..hu...soba die sdap dak? nnti load la gmabar eik...sgh unik experience ko...mmg akan dikenang seumur hidup....bes giler citer ngn anak cucu....

cik Di said...
This comment has been removed by the author.